IKBN



KEMASIK

 
Wednesday, 19 August 2020 17:00

Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum Baharu Bilangan 4 Tahun 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kemasik ,19 Ogos 2020 – Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum Baharu Bilangan 4 Tahun 2020 dari 16 hingga 19 Ogos 2020 anjuran bersama CPKK IKBN Kemasik dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS bertempat di Perpustakaan IKBN Kemasik.

Sebanyak lima (5) program terlibat bagi pembangunan struktur baharu ini iaitu Kursus Kaunter Hadapan, Kursus Pengemasan, Kursus Penerbitan Video, Kursus Terapi Kecantikan dan Perekaan Gaya Rambut. Pelaksanaan bengkel ini dijalankan selari kehendak dan keperluan sistem penilaian berasaskan kredit COPTPA JPK.

Struktur kurikulum baharu ini telah dibangunkan dan digubal oleh tenaga pengajar mengikut program/kursus yang melibatkan penyertaan tenaga pengajar IKBN Kemasik, IKBN Bandar Penawar dan IKBN Peretak.

Selama 4 hari bengkel ini berlangsung, semua struktur kurikulum baharu telah berjaya dibangunkan dengan khidmat nasihat Fasilitator iaitu Encik Zarol Amin. Urus setia bersama daripada BPKB, KBS iaitu Encik Syahrani turut hadir pada sesi bengkel kali ini.

Sesi penutup bengkel ini diakhiri dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada semua panel penggubal struktur kurikulum oleh puan pengarah iaitu Puan Norlia Abdullah.

 

 
 
Gambar oleh
    
: 


:
RAJA AZLAN RAJA ALIAS
PEN. PEG. LATIHAN E29

MOHD RAZMAN MOHAMAD
PEN. PEG. LATIHAN VOKASIONAL DV29
Read 69 times Last modified on Sunday, 30 August 2020 11:55