IKBN



KEMASIK

 
Wednesday, 23 September 2020 15:00

Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum Baharu Bilangan 6 Tahun 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

23 September 2020, Kemasik - Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum Baharu Bilangan 6 Tahun 2020 anjuran bersama CPKK IKBN Kemasik dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS bertempat di Perpustakaan IKBN Kemasik.

Bengkel ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 21 hingga 23 September 2020. Sebanyak tiga (3) program/kursus terlibat bagi pembangunan struktur baharu ini iaitu Rekaan Fesyen, Jahitan Pakaian Lelaki dan Jahitan Pakaian Wanita.

Pelaksanaan bengkel ini dijalankan selari kehendak dan keperluan sistem penilaian berasaskan kredit COPTPA JPK. Struktur kurikulum baharu ini telah dibangunkan dan digubal oleh tenaga pengajar mengikut program/kursus melibat penyertaan tenaga pengajar IKBN Wakaf Tapai, IKBN Jitra, IKBN Peretak dan IKBN Tanah Merah. Sepanjang tiga (3) hari bengkel ini berlangsung, semua struktur kurikulum baharu tersebut telah berjaya dibangunkan dengan khidmat nasihat dan bimbangan Fasilitator yang dilantik iaitu Puan Rofizah Ibrahim daripada IKBN Peretak.

CPKK IKBN Kemasik telah bertindak sebagai urus setia dan urus setia bersama daripada BPKB, KBS iaitu Encik Mohamed Syahrani Mat Nor turut hadir pada sesi bengkel kali ini. Sesi penutup bengkel ini diakhiri dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada semua panel penggubal struktur kurikulum oleh puan pengarah iaitu Puan Norlia Abdullah.

 

 
 
 
 
Gambar oleh : RAJA AZLAN RAJA ALIAS
  : PEN. PEG. LATIHAN E29 
Read 26 times Last modified on Sunday, 11 October 2020 04:03