IKBN



KEMASIK

 
Wednesday, 12 August 2020 17:00

Bengkel Penyemakan dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2020 bidang Perhotelan dan Multimedia

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kemasik, 12 Ogos 2020 – Telah berlangsung Bengkel Penyemakan dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2020 bidang Perhotelan dan Multimedia oleh Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) anjuran IKBN Kemasik.

 

Selaku Centre of Excellent (COE), bengkel ini adalah bagi Program Kaunter Hadapan, Pengemasan dan Penerbitan Video. Soalan-soalan peperiksaan telah dibangunkan dan digubal oleh tenaga pengajar mengikut program melibatkan tenaga pengajar IKBN Kemasik, IKBN Bandar Penawar dan IKBN Kuala Langat.

Selama 4 hari (9 hingga 12 Ogos 2020) bengkel ini berlangsung, semua set soalan telah disemak, dimurnikan dan disahkan oleh Panel TAC iaitu Encik Azfar bin Abbas untuk program Penerbitan Video dan Puan Yenti binti Amri bagi Program Kaunter Hadapan dan Pengemasan.

 

 
 
Gambar oleh
: RAJA AZLAN RAJA ALIAS
  : PEN. PEG. LATIHAN E29
Read 142 times Last modified on Sunday, 16 August 2020 17:04