Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sunday, 15 December 2019 16:09

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2019 (DISEMBER) IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

exam dis19

Bachok, 15 Disember 2019– Minggu ini merupkan menggu peperiksaan Akhir bagi semua pelajar IKTBN Bachok. Peperiksaan ini merupakan penentu masa depan mereka dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Peperiksaan akhir ini akan dijalankan selama 2 minggu bermula pada 09 Disember 2019 dengan kertas Subjek Umum dan berakhir pada 19 Disember 2019 dengan kertas amali bengkel.Pihak Institut mendoakan semua pelajar yang sedang menjalani peperiksaan dapat menjawab soalan dengan betul dan seterusnya lulus dalam peperiksaan yang dihadapi. Bagi sesetengah pelajar selepas peperiksaan tamat mereka akan meneruskan pengajian ke tahap yang seterusnya serta ada yang akan ke Latihan Industri dan menamatkan pengajian seterusnya menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

Kerjaya anda bermula disini laksanakan yang terbaik bagi masa depan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 1823 times Last modified on Sunday, 15 December 2019 16:13