Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Monday, 09 March 2020 10:46

IKTBN BACHOK SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKTBN BACHOK SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019

Bachok, 09 Mac 2020  - IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menyertai 05 Karnival Kerjaya pada 05 Mac 2020 yang dianjurkan oleh pihak Sekolah bagi memberi penerangan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 dan juga bakal – bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun semasa.

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 11 orang pegawai ke 05 buah sekolah yang terlibat (SMK Badang, Kota Bharu, Kelantan,SMK Rantau Panjang,Kelantan, SMK Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan, SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan dan SMK Jelawat, Bachok, Kelantan).Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang hadir. 

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pelajar lepasan SPM  yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara-cara untuk memohon bagi Ambilan Julai 2020. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan sedikit taklimat dan penerangan yang diberikan ianya dapat membantu pelajar lepasan SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran sama ada di bidang kemahiran atau akademik.

 

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 1572 times Last modified on Monday, 09 March 2020 10:53