Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sunday, 15 March 2020 16:58

CALON PESERTA EMAS URUSKAN PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK ARPRM IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERKHEMAHAN DAN PENGEMBARAAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA IKTBN BACHOK KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK

Bachok, 15 Mac 2020 – Program penjelajahan lasak adalah program untuk membiasakan diri para peserta dengan aktiviti gaya hidup rakan muda dan mendidik para peserta bekerjasama dalam kumpulan serta melengkapkan komponen Penjelajahan Lasak ARPRM bagi peserta Emas, perak dan gangsa yang mana program ini adalah diuruskan sepenuhnya oleh peserta Emas . Program sebegini juga dapat melahirkan rasa cinta kepada alam sekitar dan menarik minat peserta  melihat dan menghayati alam semulajadi anugerah Tuhan dimana kita dapati bahawa pada masa kini kemusnahan alam semulajadi semakin berleluasa. Atas kesedaran ini pada 12 hingga 14 Mac 2020 (Khamis – Sabtu) Program Penjelajahan lasak telah dijalankan di Telaga Bijih, Camp Site Tanah Merah, Kelantan.

Buat pertama kali program penjelajahan lasak peserta ARPRM diuruskan oleh pelajar yang dicalonkan untuk peserta Emas.Seramai 05 orang pelajar yang dicalonkan bagi kategori emas telah menguruskan program ini bermula dari membuat kertas konsep sehinggalah perbincangan dengan pihak pengurusan tapak perkhemahan. Para peserta emas telah bergerak awal sehari dari program bermula bagi memastikan kelancaran program.

Buat permulaan seramai 16 peserta bagi peringkat perak dan gangsa telah mengikuti program penjelajahan lasak ini yang diadakan di Telaga bijih, Camp Site, Tanah Merah, Kelantan. Selain 05 calon peserta emas yg menjadi urusetia 3 pegawai juga ditugaskan untuk memantau program ini di ketuai oleh Puan. Fazlili Bt Hj Ghani dan dibantu oleh En. Ahmad Syawal Bin Azis dan Puan Nadia Bt Mat Isa. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok Puan. Nurdalila Bt Mohamad Khali. Pihak IKTBN Bachok berharap agar kelima-lima peserta yang dicalonkan bagi kategori emas akan dapat menimba pengalaman yang berguna dalam menguruskan program.

 

Disediakan dan disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 1127 times