Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Monday, 16 March 2020 17:56

LATIHAN INTENSIF PERTANDINGAN WSMB PERINGKAT PRA-KELAYAKAN TAHUN 2020 BAGI BIDANG BEAUTY THERAPY: EXPRESS FACIAL, BODY TREATMENT & FRENCH NAIL

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak, 13hb Mac 2020 (Jumaat) – Jabatan Personal telah mengadakan Latihan Intensif Pertandingan WSMB bagi bidang beauty therapy pada 9hb sehingga 13hb Mac 2020 di Bengkel Lavender, Jabatan Personal, IKBN Peretak sebagai persediaan latihan yang lengkap bagi menghadapi Pertandingan WSMB Peringkat Pra-Kelayakan bagi tahun 2020 yang akan berlangsung pada 25hb sehingga 26hb Mac 2020 di IKBN Kemasik, Terengganu.

 Latihan intensif ini disertai oleh 2 orang peserta pertandingan iaitu Norshamilatul Shafiqah Binti Ahmad Hashamudin dan NurSyahzanani Afrina Binti Khairul Azli dan Puan Shaliza Binti Ahmad Powab merupakan jurulatih bagi pertandingan tersebut untuk mewakili IKBN Peretak.

Tujuan latihan intensif ini diadakan adalah untuk memberi latihan yang lengkap dan focus kepada tajuk soalan pertandingan iaitu Express Facial, body treatment dan french nail.  Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diberikan kepada 2 orang peserta pertandingan ini dapat membantu peserta menjadi lebih kreatif dan kemahiran yang mantap dalam pertandingan yang akan berlangsung dan terpilih dalam Pertandingan WSMB Peringkat Akhir nanti.

Disediakan oleh : Pn. Syazana binti Dzulkefli

Ketua Jabatan Personal, IKBN Peretak

Read 494 times
 
Find us on Facebook
Follow Us