Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sunday, 12 July 2020 11:08

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2019 PERINGKAT IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 12 Julai 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok (IKTBNBC) telah melangsungkan Majlis Anugerah Perkhimatan Cemerlang bagi Tahun 2019 secara tertutup di Restoran Sri Bayu, Jabatan Teknologi Hospitaliti pada 06 Julai 2020 (Isnin) . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan, mengiktiraf sumbangan serta jasa bakti pegawai dan kakitangan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Majlis telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan mematuhi SOP (PKPP) yang telah ditetapkan. Majlis dihadiri oleh Pengarah IKTBN Bachok, Dato’ Hj Kamarulzaman Hassan Bin Mansor  selaku perasmi majlis, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Cawangan dan pegawai yang menerima anugerah. Semoga penganugerahan ini memberi motivasi kepada seluruh pegawai IKTBN Bachok untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dalam menjalankan tugas.

 

Disediakan dan disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 858 times Last modified on Monday, 13 July 2020 13:52