Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Wednesday, 05 August 2020 07:48

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE IKBN KINARUT

Written by

 

 

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN KE PUSAT BERTAULIAH PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK VOLTAN TINGGI B0 11 KV DI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, PAPAR ; YB Senator Wan Ahmad Fahysal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah melakukan Lawatan ke Pusat Bertauliah Program Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi (BO 11KV) di IKBN Kinarut, Papar, Sabah.

 

Lawatan ini diadakan untuk melihat sendiri mengenai pelaksanaan program Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi ( BO 11KV) di Kinarut yg mana IKBN Kinarut merupakan satu- satunya ILKA yang menawarkan kursus ini di Sabah dan Sarawak . YB Timbalan Menteri sebelum itu semasa menyampaikan ucapan menyatakan bahawa permintaan terhadap kursus penjaga jentera ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada orang luar yang memohon kursus ini diperbanyakkan pelaksanaannya memandangkan penjaga jentera ini mempunyai permintaan yang tinggi daripada pihak industri.

 

Beliau turut menyatakan bahawa dengan adanya program BO 11KV ini, Kinarut bukan sahaja dapat memenuhi keperluan sebagai hub bidang Elektrik di Sabah dan Sarawak, malah memenuhi keperluan di luar.

 

Turut hadir pada sesi ini adalah En Jefri Nuri, Pengurus Suruhanjaya Tenaga Kawasan Pantai Barat Sabah dan En Christy Wilfred A Gahis, wakil daripada PETRONAS Carigali Sdn.Bhd.

 

Terdahulu sebelum itu, dalam sesi yang berasingan, YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa bersama pelajar IKBN Kinarut. Semasa sesi tersebut, YB Timbalan telah menyampaikan hasrat ingin melihat penglibatan lebih ramai wanita terlibat dalam bidang TVET serta menekankan kepentingan untuk para belia mempelajari kemahiran baru melalui program reskilling agar mereka tidak ketinggalan dengan perubahan teknologi yg bergerak pantas.

 

Beliau turut menggalakkan pelajar- pelajar IKBN Kinarut sentiasa peka dengan setiap program yg ditawarkan oleh KBS serta mengambil peluang menyertai program- program yg boleh membantu meningkatkan pendapatan seperti GIG Economy dan Global Online Workforce (GLOW) yg membolehkan belia memasarkan atau menjual produk mereka sehingga ke pasaran luar secara online.