Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Tuesday, 01 September 2020 15:47

PROGRAM SEMINAR KECERGASAN DAN SEMARAK KEMERDEKAAN (SAJAK DAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK)

Written by
Rate this item
(0 votes)

28 Ogos 2020 (Jumaat) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan program Seminar Kecergasan dan Semarak Kemerdekaan (Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik) melibat semua pegawai dan kakitangan IKBN Peretak.

Program ini adalah inisiatif dari Puan Normahsyuri bt Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak yang mahu melihat pegawai dan kakitangan IKBN Peretak mengamalkan gaya hidup sihat dalam menjalani kehidupan seharian.

Program seminar kecergasan melibatkan acara sukaneka yang menjadi wadah dalam mencergaskan pegawai dan kakitangan IKBN untuk terus kekal cergas dan cerdas sepanjang masa. Semua pegawai dan kakitangan IKBN Peretak telah memberikan sepenuh daya untuk bersaing sesama sendiri melibatkan kumpulan yang telah ditentukan.

Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan Semarak Kemerdekaan. Semua pegawai dan kakitangan IKBN Peretak  telah menunjukkan bakat yang terpendam selama ini dalam mendeklamasikan sajak dan menyanyikan lagu patriotik yang telah di berikan.

Persembahan yang telah diberikan oleh setiap kumpulan begitu memberangsangkan dengan pemilihan pakaian yang mengikut tema persembahan. Syabas dan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Peretak di dalam program ini.

Disediakan oleh: Encik Shahdan Bin Zainal

Read 520 times