Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Friday, 04 September 2020 17:03

IKBN PERETAK MENERIMA KEMASUKAN PELAJAR MULAI 1 SEPTEMBER 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

1 September 2020 (Selasa) – Seramai 39 orang pelajar dari Jurusan Pastri dan Penyajian Semester 4 telah kembali semula ke IKBN Peretak setelah 6 bulan bercuti bagi menyelesaikan amali dan peperiksaan akhir yang tertangguh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas sebab penularan wabak penyakit Coronavirus Covid-19 yang telah melanda negara.

 

Semasa melapor diri pelajar dikehendaki untuk mengisi QR Code Pendaftaran Kemasukan Pelajar dan membuat pemeriksaan suhu serta saringan bagi memastikan pelajar sihat dan tidak bergejala. Di samping itu, En. Shahdan bin Zainal, Ketua .Cawangan Pengurusan Pelajar telah memberi penekanan kepada pelajar berkaitan dengan Standard Operation Procedure (SOP) Covid-19 iaitu SOP Perhimpunan Pagi, Pergerakkan Pelajar, Dewan Makan, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Surau, Aktiviti Asrama, Kawasan Larangan dan lain-lain di mana pelajar tidak boleh berkumpul dalam bilangan yang ramai serta sentiasa menjaga jarak bagi memutuskan penularan wabak ini. Pihak Institut akan menerima kemasukan penuh pelajar pada 28 September 2020 dengan jumlah pelajar seramai 256 orang.

 

Selain itu, tayangan video Program Kesihatan telah ditayangkan kepada pelajar-pelajar bagi memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan diri, penjarakkan fizikal serta tidak berkumpul dalam jumlah yang ramai di satu tempat. Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak juga telah menyediakan maklumat melalui banner dan bunting bagi memastikan pelajar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan slogan #KitaJagaKita dan #StaySafe.

Disediakan oleh: Encik Shahdan Bin Zainal

Read 493 times