Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Tuesday, 08 September 2020 15:31

SLOT TEAM BUILDING PROGRAM BOOTCAMP IKBN PERETAK BIDANG TERAPI KECANTIKAN DENGAN KERJASAMA MOHA GROUP MBH MEDI SPA TAHUN 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

7 September 2020 (Isnin) – Slot Team Building Program Bootcamp IKBN Peretak bidang Tetapi Kecantikan dengan kerjasama MOHA Group - MBH Medi Spa telah dilaksanakan selama 5 hari 4 malam bermula 1 hingga 5 September 2020 bertempat di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor dengan penyertaan penuh oleh 20 orang peserta Bootcamp.

Objektif Slot Team Building dilaksanakan pada awal program Bootcamp ini adalah bertujuan bagi membentuk satu budaya kerja yang sihat dikalangan para peserta selama 3 bulan program berlangsung, memandangkan semua peserta datang dari pelbagai tempat dan latar belakang. Pendedahan kepada konsep tolong-menolong dan bekerjasama adalah merupakan nadi utama slot Team Building ini.

Antara pengisian utama adalah lawatan ke Ibu Pejabat MOHA Group dan Akademi MBH Medi Spa serta 2 outlet di Semenyih dan Bangi.

Diharapkan slot Team Building ini dapat mengeratkan hubungan semua peserta dan bersama-sama menjayakan program Bootcamp ini selama 3 bulan dengan jayanya.

 

Disediakan oleh : Unit Promosi & Dokumentasi,

Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak

Read 549 times