Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Friday, 11 September 2020 15:44

KURSUS MEMBUAT KOSTUM ANIMASI ROBOT

Written by
Rate this item
(0 votes)

10 September 2020 - Kursus Membuat Kostum Animasi Robot bagi Program Peningkatan Kemahiran (PPK) dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET telah diadakan selama 5 hari bermula pada 6 sehingga 10 September 2020 bertempat di IKBN Wakaf Tapai, Kuala Terengganu.

Kursus ini melibatkan 8 orang pengajar dari Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil dan selaku penganjur, mereka turut melibatkan 2 orang pengajar dari Jurusan Diploma Kemahiran. Penghasilan kostum animasi dipecahkan mengikut kumpulan IKBN iaitu IKBN Peretak, IKBN Tanah Merah dan IKBN Wakaf Tapai. Ini kerana proses kerja penghasilan kostum ini memerlukan masa yang sangat panjang dalam menyediakan tuile, inner, bahagian atas dan bawah kostum, headgear, kasut dan aksesori yang berkaitan.

Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada pengajar mengenai teknik 2D dan 3D bagi menghasilkan kostum agar tampak lebih realiti. Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat dikongsikan kepada pengajar dan pelajar.

 

Disediakan oleh: Puan Lilie Syafina Binti Mohd Yatim

 

Read 437 times