Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Monday, 14 September 2020 12:45

LATIHAN KEMAHIRAN ASAS FACIAL BAGI PROGRAM BOOTCAMP IKBN PERETAK BIDANG TERAPI KECANTIKAN DENGAN KERJASAMA MOHA GROUP MBH MEDI SPA BAGI TAHUN 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak - Latihan Kemahiran Asas Facial Bagi Program Bootcamp IKBN Peretak Bidang Tetapi Kecantikan dengan kerjasama MOHA Group - MBH Medi Spa telah dilaksanakan selama 5 hari bermula 7 hingga 11 September 2020 bertempat di Bengkel Terapi Kecantikan, Jabatan Personal, IKBN Peretak yang melibatkan 20 orang peserta meliputi Teori dan Amali.


Objektif Latihan ini dilaksanakan adalah bertujuan melatih peserta supaya lebih mahir dalam asas facial sebelum peserta meneruskan latihan perkhidmatan muka menggunakan mesin di Akademi MOHA di Kajang. Pengajar Latihan & Pegawai Pemantau yang dilantik merupakan pengajar dari Jabatan Personal Bidang Terapi Kecantikan iaitu Cik Norshakila Binti Mohd Redzuan Jaya. Peserta telah diberikan kelengkapan asas facial setiap seorang satu set untuk memudahkan peserta melakukan amali di bengkel.


Peserta telah dinilai secara Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Amali bagi memastikan peserta benar-benar faham tentang asas facial sebelum meneruskan latihan di Akademi MOHA.


Diharapkan latihan ini akan memberi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran peserta dan seterusnya menarik minat peserta untuk meneruskan kerjaya seorang Juruestetik di MOHA.


Disediakan oleh : Ketua Bahagian Personal, IKBN Peretak

Read 377 times