Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Monday, 14 September 2020 12:52

KURSUS PENYEDIAAN PES DAN PERENCAH MASAKAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

12 September 2020 (Sabtu), IKBN Peretak - Kursus Penyediaan Pes dan Perencah Masakan telah diadakan pada 12 September 2020 bertempat di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus ini adalah anjuran Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak yang merupakan Kursus Separuh Masa di Bawah Akaun Amanah Latihan Khas 2020.

Kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada orang awam. Kursus ini dijalankan secara teori dan amali yang telah dihadiri oleh 17 orang peserta dari seluruh negeri Selangor. Kursus ini dikendalikan oleh Puan Norshazila binti Mohamed Rahman, pengajar daripada Bahagian Penyediaan Makanan, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Antara Penyediaan Pes dan Perencah Masakan yang dikongsikan dalam kursus ini ialah Pes Bolognese, Pes Sambal Hijau, Pes ungkep, Pes sambal serbaguna dan resepi bonus Minyak cili rangup.

Kursus ini hasil kerjasama bersama Unit Kewangan, Cawangan Hubungan Industri (CHI) dan Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti (CPKK). Semoga ilmu yang disampaikan melalui kursus ini dapat membantu peserta-peserta meningkatkan lagi perkembangan kerjaya masing-masing.

Disediakan Oleh : Puan Norshazila binti Mohamed Rahman

Read 442 times