Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Tuesday, 29 September 2020 13:49

IN HOUSE TRAINING – KURSUS TRANSFORM SKILL TRAINER FOR MARKING SCHEME

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

24 September 2020 (Khamis) - IKBN Peretak, Jabatan Hospitaliti, Bahagian Penyajian telah melaksanakan In House Training – Kursus Transform Skill Trainer For Marking Scheme. Kursus ini diadakan sebagai platform perkongsian ilmu Kemahiran yang dikongsi oleh pengajar - pengajar yang telah menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) anjuran IKTBN Bachok tempohari.

Kursus yang dilaksanakan secara teori dan amali ini bertujuan untuk meningkatkan dan berkongsi kemahiran kepada pengajar-pengajar dari bidang yang berlainan (Cross Training). Kursus ini dikendalikan oleh dua (2) orang Pengajar yang telah menghadiri  tersebut iaitu Puan Shulieyani binti Yahya dan Puan Anith Mastura binti Mashor. Antara pengisian kursus ini adalah membuat Table Boxing, Table Setting For Fine Dining, Open & Pouring Sparkling, Irish Coffee Making dan Cake Cutting.

Perkongsian seperti ini sangat membantu pengajar - pengajar dalam meningkatkan kompetensi pengajar-pengajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke tahap seterusnya. Ilmu seperti ini amat bermanfaat bagi membantu sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih matang dan terbaik kepada pelajar-pelajar ILKBS.

Disediakan oleh : Puan Shulieyani binti Yahya

Ketua Bahagian Penyajian & Penyediaan Makanan

Jabatan Hospitaliti

Read 537 times