Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Tuesday, 29 September 2020 13:52

WASTE WORTH IT – PERTANDINGAN MEREKACIPTA ‘CASING HAND SANITIZER SECARA KREATIF DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN TERBUANG’

Written by
Rate this item
(0 votes)

28 September 2020 (Isnin) - IKBN Peretak, Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Peretak telah mengadakan Pertandingan Waste Worth It. Pertandingan Merekacipta ‘Casing Hand Sanitizer Secara Kreatif Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Terbuang‘ telah diadakan pada 7 September 2020 hingga 25 September 2020.

Pertandingan ini bertujuan mewujudkan pemikiran kreatif dan inovatif di antara pegawai dan kakitangan. Selain itu, pertandingan ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Peretak selain menggalakkan pembudayaan EKSA di IKBN Peretak.

Pertandingan diadili oleh tiga (3) orang juri iaitu Pengarah IKBN peretak, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) dan Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (TPHEP). Pemarkahan diberikan berdasarkan kekemasan, kreativiti, kos, menggunakan bahan terbuang dan penerangan. Pemenang akan diumumkan semasa sesi Perhimpunan Bulanan yang akan datang.

Pertandingan ini dimulai dengan Zon Rajawali (Bahagian Pentadbiran dan Kewangan), seterusnya Zon Nuri (Bahagian Hal Ehwal Pelajar), diikuti dengan Zon Cenderawasih (Jabatan Hospitaliti) dan serterusnya Zon Merak (Jabatan Tekstil) dan diakhiri dengan Zon Merpati (Jabatan Personal).

 

Disediakan oleh : Puan Nurul Hazwani Binti Ahmad Fauzi

Ketua Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Peretak

 

 

Read 547 times