Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Wednesday, 30 September 2020 10:19

KURSUS MY SKILL FOR YOU FROZEN MALAY KUIH

Written by
Rate this item
(0 votes)

29 September 2020 (Selasa) - IKBN Peretak, Jabatan Hospitaliti telah melaksanakan Kursus My Skill For You Frozen Malay Kuih selama satu (1) hari iaitu pada 29 September 2020 bertempat di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus ini merupakan salah satu program Corporate Social Responsibility (CSR) Jabatan Hospitaliti bagi tahun 2020.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Mohd Fairuz Bin A. Ghaffar, pengajar dari Bahagian Penyediaan Pastri, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada kepada ibu-ibu tunggal dan individu yang terkesan daripada pandemik COVID-19 dengan kerjasama daripada Persatuan Ibu Tunggal Penyayang, Batang Kali, Selangor  yang mana terdapat peserta yang kehilangan pekerjaan dan lain-lain. Melalui kursus ini peserta akan berkemahiran untuk menjadi usahawan dan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Antara Frozen Malay Kuih yang diajar semasa kursus ini ialah Frozen Puteri Ayu, Frozen Karipap Pusing, Frozen Bombolini dan Frozen Pau. Diharapkan melalui kursus ini peserta dapat mengaplikasikannya untuk menjadi usahawan nanti.

 

Disediakan oleh :

Puan Nurul Hazwani binti Ahmad Fauzi

Read 606 times