Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Monday, 05 October 2020 15:16

LAWATAN PEMANTAUAN PESERTA LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

Written by
Rate this item
(0 votes)

2 Oktober 2020 (Jumaat) - Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Peretak telah mengadakan lawatan pemantauan peserta Latihan Sangkutan Industri (LSI) di Melaka pada hari ini.

 

Tenaga pengajar IKBN Peretak iaitu Puan Ros Azida Binti Jantan, bidang Pembuatan Roti telah selesai menjalani LSI selama 2 minggu bermula 21 September 2020 di Syarikat Nonie Bakery, Plaza Panduan Malim, Melaka bersama seorang lagi peserta LSI dari IKTBN Alor Gajah.

 

Program LSI anjuran Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bertujuan memberi pendedahan  kepada tenaga pengajar kemahiran  di Institusi latihan kemahiran  (TVET) untuk menimba pengalaman dalam bidang kemahiran di syarikat yang menjalankan industri sebenar yang berkaitan dalam bidang kemahiran.

 

Pengalaman peserta yang diperolehi selepas menjalani LSI akan aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila kembali ke institusi latihan dan dikongsikan bersama-sama para pelajar dalam usaha meningkatkan  bidang pengetahuan, kemahiran dan kebolehpasaran pelajar apabila tamat bidang pengajian di Institut nanti.

 

Disediakan oleh:

CPKK, IKBN Peretak.

Read 552 times