Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Friday, 23 October 2020 15:21

KERJASAMA HIBRID PROJEK INOVASI BERKONSEPKAN TEKNOLOGI HIJAU ANTARA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG DAN IKTBN SEPANG CETUS KEJAYAAN BERGANDA

Written by
Rate this item
(0 votes)
SEPANG, 23 OKTOBER 2020 – Cetusan idea untuk menjalankan kerjasama secara hibrid di antara Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang membuahkan hasil apabila penglibatan mereka di dalam pertandingan inovasi di dalam Majlis Persada Inovasi Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) diiktiraf oleh juri selama dua tahun berturut-turut. Dengan keahlian seramai dua belas orang dari kedua-dua agensi, secara rasminya gerak kerja mereka bermula pada 1 Disember 2018 di bawah nama Krew Inovasi Sepang Selangor (KISS).

Hasil kerja keras kumpulan ini, inovasi yang diusahakan secara bersama telah dinobatkan dua anugerah iaitu Johan bagi Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan) dan Anugerah Khas Projek Hibrid Terbaik tahun 2020 yang telah diadakan baru-baru ini. Ini merupakan kejayaan pada tahun kedua di mana pada tahun 2019 mereka telah mendapat Tempat Ketiga bagi Kategori (Penciptaan) dan Anugerah Khas Juri. Produk inovasi ini turut meraih Anugerah Gangsa dalam pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Malaysia Technology Expo (MTE) pada bulan Februari 2020 di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur.

Idea kerjasama bagi menghasilkan dan membangunkan bahan termaju berkonsepkan teknologi hijau untuk kegunaan dalam sektor pembinaan ini terhasil setelah mengadakan sesi meja bulat bagi menyelusuri, menilai dan menganalisis permasalahan yang dihadapi oleh kedua-dua agensi ini. Bermula dari masalah lambakan sisa lanskap di Jabatan Lanskap MPS dan lambakan sisa plastik bagi proses PdP di Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer,IKTBN Sepang maka telah tercetus inovasi yang diberi nama Playu dan diberi formulasi baru pada tahun ini dan dinamakan sebagai Playu 2.0.
 
Formulasi baru Playu 2.0 yang telah diperkukuh ini telah dibuktikan keberhasilannya di mana prototaip yang dibangunkan telah digunakan sebagai penutup longkang di beberapa kawasan di dalam komuniti terpilih di daerah Sepang. Selain membantu menyelamatkan alam sekitar, produk yang menggunakan kos yang amat minima ini, dijangka boleh dikomersilkan secara besar-besaran dan bakal memberi impak yang besar kepada banyak pihak.
 
 
Read 1396 times Last modified on Friday, 23 October 2020 15:39