Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Wednesday, 28 October 2020 16:47

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER DAN OKTOBER

Written by
Rate this item
(0 votes)

Masjid Tanah, Selasa 20 Oktober 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Alor Gajah (IKTBNAG) telah melangsungkan Perhimpunan Bulanan iaitu untuk bulan September dan Oktober 2020 secara tertutup di F&B Lotus, Jabatan Hospitaliti. Tujuan perhimpunan bulanan ini diadakan untuk menyemai dan memupuk semangat bergerak kearah satu haluan bagi mencapai satu matlamat.

Majlis telah bermula pada jam 10:00 pagi dengan memtuhi SOP (PKPP) yang telah ditetapkan. Majlis dihadiri oleh pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir selaku perasmi majlis, Timbalan Pengarah, Pegawai dan semua Kakitangan.

Selain acara perhimpunan bulanan, majlis turut meraikan dan memberi penghargaan kepada pekerja terbaik bulanan bagi bulan Jun hingga Oktober 2020, pengenalan pegawai baru, penyampaian hadiah perpisahan, penyampaian hadiah dan hari lahir KESKA dan penyampaian sijil penghargaan serta hadiah pertandingan. Semoga penganugerahan ini memberi motivasi kepada seluruh pegawai IKTBN Alor Gajah untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dalam menjalankan tugas. Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai yang akan berpindah ke tempat yang baru iaitu Puan Siti Moza binti Mukthar, Encik Shahrul Azmin bin Roslan dan Encik Mohd Ibrahim bin Mat Ali (Cuti tanpa gaji-Mengikuti isteri melanjutkan pengajian di Jepun)

   

 

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PEGAWAI YANG AKAN BERPINDAH

Dari kiri Encik Mohd Firdaus bin Mazlan, Puan Shahrul Naimah binti Zulkifli, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Encik Shahrul Azmin bin Roslan dan Puan Siti Moza binti Mukthar

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

Read 373 times Last modified on Monday, 02 November 2020 12:17