Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

SEED9

26 September 2019 (Khamis), Sunway Hotel Spa & Resort – 2 orang dari 6 orang pelajar dari jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil telah layak ke peringkat akhir bagi program Starting Up & Early Entrepreneurship Development (SEED) di bawah Yayasan Raja Muda Selangor. Pelajar dari Jabatan Tekstil, IKBN Peretak yang layak ke peringkat akhir program SEED adalah Muhammad Syahir Bin Sofian Shahuri dan Siti Fadhilah Binti Mohamed Zakaria.

crossHair

26 September 2019 (Khamis), IKBN Peretak – Kursus Basic Ladies Hair Cutting (Program latihan dalaman / in-House Traning Tenaga Pengajar 2019) cross bidang telah diadakan pada 25 dan 26 September 2019 bertempat di Bengkel Anagen Jabatan Personal, IKBN Peretak. Pn. Hafizah Binti Rumli telah dilantik sebagai penceramah jemputan bagi kursus ini dan merupakan pengajar Perekaan Gaya Rambut. Tujuan kursus ini adalah untuk menambah pengetahuan dan kemahiran yang baru kepada pengajar-pengajar bidang Terapi Kecantikan yang mengkhususkan guntingan rambut wanita. Kursus ini telah di hadiri oleh Pn. Rosmalinda Binti Kamaazaman, Pn. Shaliza Binti Ahmad Powab dan Cik Nor Shakila Binti Redzuan Jaya.

Disediakan oleh: Puan Hafizah Binti Rumli

Monday, 30 September 2019 13:09

CAREER FEST ILKBS ZON TENGAH 2019

Written by

career fest

22 September 2019 (Ahad), IKBN Kuala Langat – Career Fest ILKBS Zon Tengah 2019 di IKBN Kuala Langat telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Ramona Binti Mohd Razali (Timbalan Ketua Setiausaha, Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), mewakili Ketua Setiausaha KBS, YB Hasnul Bin Baharuddin, ADUN Morib dan YBhg. Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Binti Hj. Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS turut sama hadir bagi menyerikan lagi majlis perasmian program ini.

Monday, 30 September 2019 13:08

BENGKEL GARMENT UPCYCLE

Written by

upcycle

19 September 2019 (Khamis), UiTM Perak – Satu Bengkel Garment Upcycle telah dijalankan pada 17 hingga 19 September 2019 bertempat di Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Perak.

Objektif bengkel ini adalah untuk menghasilkan rekaan yang kreatif dan inovatif dengan menggunapakai pakaian-pakaian yang terbuang untuk menghasilkan Fesyen ‘Sustainability Eco Friendly’ dalam rekaan ‘Garment Upcycle’ disamping memberi penekanan ilmu kajian seni penggunaan pakaian upcycle dan kaedah rekacipta fesyen kontemporari.

Hasil rekaan telah diperagakan di Perak International Research Convention bertempat Hotel Casuarina, Ipoh, Perak. Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Norfarizan Binti Jawahir dan Cik Nur InanI Izzati Binti Mohd Shariff.

Disediakan oleh: Puan Norfarizan Binti Jawahir

WSMB Pastry

21hb September 2019 (Sabtu), IKBN Peretak – Latihan Intensif Pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) Bidang Pastry & Confectionery bagi Modul ‘Pull Sugar’ kepada peserta-peserta WSMB yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bersama dengan Chef Najihah Salwana yang merupakan Pensyarah dari Taylor University College Sunway. Latihan intensif ini juga melibatkan peserta-peserta akhir dari IKTBN Alor Gajah dan IKBN Kemasik. Modul ‘Pull Sugar’ merupakan salah satu modul yang terdapat dalam tugasan yang wajib diselesaikan oleh peserta-peserta WSMB. Pertandingan bagi bidang Pastry & Confectionery akan diadakan di UiTM Kampus Penang pada 11 hingga 13 Oktober 2019 nanti. Diharapkan melalui latihan intensif ini, peserta dan jurulatih dapat menajamkan lagi kemahiran yang sedia ada serta meningkatkan semangat untuk pertandingan iti nanti.

Disediakan oleh: Puan Maraini Binti Mat Isa

WIM2

20 September 2019, (Jumaat), IKBN Peretak – Bengkel Pemurnian Kajisemula (Review) Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Siri 2/2019 bagi bidang Terapi Kecantikan (TK), Dandanan Rambut (PGR) dan Pembuatan Roti (PR) Tahap 2 telah diadakan bertempat di Pusat Sumber @ Perpustakaan, IKBN Peretak selama 4 hari bermula 17 hingga 20 September 2019.

starrating

Kuala Kubu Bharu. Khamis, 19 Sept 2019 a- Lawatan oleh Panel Inspektor untuk Pemeriksaan Penarafan Bintang (Star Rating) Program Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran ke IKBN Peretak telah diadakan pada hari ini. Kehadiran dua orang panel inspektor iaitu Puan Susana Ling dari JPK, Putrajaya dan Encik Yusni Amir dari JPK, Cyberjaya bertujuan untuk membuat pemeriksaan dokumentasi Bahan Pengajaran Bertulis (WIM), Pentauliahan Personel sebagai PPB-PPD-PP, Pentauliahan Program yang ditawarkan, Urustadbir institusi dan kemudahan fizikal yang terdapat IKBN Peretak sebagai salah satu Pusat Bertauliah awam di bawah KBS yang berdaftar dengan JPK.

Tuesday, 17 September 2019 08:55

PROGRAM MINI EXPO USAHAWAN SELANGOR (MEXUS)

Written by

expo

14 September 2019 (Sabtu), Oasis Street Mall, Batang Kali berlansung Program Mini Expo Usahawan Selangor (MEXUS). Program yang berlansung selama 2 pada 14 dan 15 September 2019 hari ini menampilkan program Tranfomasi Usahawan Zero To Hero yang diharap dapat memberi inspirasi kepada 37 orang pelajar IKBN Peretak yang telah dijemput menyertai program ini. Program anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar Desa dan Kampung Tradisi dan Pejabat Daerah Hulu Selangor ini juga memperkenalkan produk usahawan yang ada di sekitar Hulu Selangor. Diharapkan program sebegini dapat mengembangkan minda serta dapat menarik minat pelajar IKBN dalam bidang keusahawanan.

Sumber : Unit Kerjaya IKBN Peretak

Friday, 13 September 2019 16:04

KURSUS ADVANCED HAIR COLOURING AND STYLE

Written by

wsmp HAIR

10-12 September 2019 – Kursus Advanced Hair Colouring And Style telah dihadiri oleh Pn Janefer Farida bt Baharuddin yang bertempat di iKBN Peretak.Kursus ini bertujuan memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan akhir pada 19- 21 Oktober 2019 nanti. Pn Norashikin Bt A Tajuddin adalah penceramah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang Hairderssing telah dipilih sebagai pengajar bagi kursus ini. Di harap ilmu yang diperolehi dari kursus ini dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik-baiknya untuk menghadapi pertandingan WSMP 2019 itu nanti.

Disediakan oleh :Pn Janefer Farida Bt Baharuddin

Friday, 13 September 2019 12:22

ASIAN PARLIAMENTARY DEBATE IN HOUSE TRAINING

Written by

debateUIAM

IKBN Peretak,12 September 2019 – The “Asian Parliamentary Debate In House Training” was held from September 11th 2019 till September 12th 2019 at the IKBN Peretak. This programme involved 132 participants and 22 educators on the 1st day while 60 participants, 22 educators on the 2nd day. The workshop was presented by Madam Mizan Binti Muhammad the Deputy Director IIUM World Debate & Oratory Centre, Secretary of Malaysian Universities Debating Council accompanied by 6 facilitators, who are students from IIUM Debate Club who have more experience in the field of debate. This course aims to highlight students’ confidence level in applying English language during the debate competition. The EEI committee members hope that this workshop will be useful for the students’ future especially in debate. Let’s Make Wonders Together.

       Written by : Puan Nurul Asyikin Binti Azhar

Page 9 of 28