Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

merdeka

31 Ogos 2019, PUTRAJAYA - Seramai 5 orang pengajar serta 49 orang pelajar dari Jabatan Personal, IKBN Peretak telah ditugaskan untuk melakukan solekan dan dandanan rambut kepada kontingen SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH iaitu seramai 120 orang kontingen berpakaian Etnik sempena Acara Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan 2019 di Putrajaya.

label

28 Ogos 2019, Bukit Jalil - Program Pemakanan Sihat Siri 3 : Logo Pemakan Sihat & Label Makanan yang diadakan pada hari Rabu 28/8/2019 di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

PBogos

IKBN PERETAK, 28 Ogos 2019 – Perhimpunan bulanan bagi bulan Ogos telah diadakan di Dewan DAHA, IKBN Peretak anjuran bersama Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Tekstil dan Jabatan Personal IKBN Peretak. Perhimpunan kali ini bertemakan kemerdekaan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 62 dimana semua pegawai dan pelajar berpakaian bertemakan Hari Kemerdekaan.

Thursday, 29 August 2019 11:30

KURSUS PENGURUSAN STRESS

Written by

stress

IKBN PERETAK, 16 Ogos 2019 – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stress bertempat di Auditorium IKBN Peretak yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan IKBN Peretak.

Monday, 26 August 2019 17:52

FIESTA SAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN

Written by

fiesta makanan

fiesta

24 Ogos 2019, Sabtu, Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga Zon C Batang Kali dan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi National Hulu Selangor telah menganjurkan Fiesta Sajian Makanan dan Minuman tajaan sepenuhnya oleh ADABI Consumer Industries Sdn Bhd bertempat di Perkarangan Surau Al iman Fasa 3 Batang Kali. Majlis telah di rasmikan oleh YB Tuan Harumaini bin Haji Omar selaku ADUN Batang Kali.

PPK

23 Ogos 2019 (Jumaat), IKBN Peretak – Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti (CPKK) dan Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah berjaya menganjurkan kursus Program Peningkatan Kemahiran (PKK) bagi Tenaga Pengajar TVET 2019. Dua (2) program Kursus Program Peningkatan Kemahiran (PKK) 2019 bidang Tekstil telah dijalankan serentak bermula dari 19 hingga 23 Ogos iaitu Kursus Advance Fashion Illustration untuk pengajar Jahitan Pakaian Wanita/DKM dan Kursus Men' Ceremonial Wear Making untuk tenaga pengajar Jahitan Pakaian Lelaki.

Briged11eksa Briged11

21 Ogos 2019 (Rabu), IKBN Peretak - IKBN Peretak telah menerima kehadiran kunjungan Lawatan Penanda Aras EKSA dari Markas 11 Briged Kem Sg Buloh pada hari ini.

MDHS

21/8/2019 (Rabu), Hulu Selangor- IKBN Peretak telah diberi tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan penyediaan minum petang dan pelayan meja bagi majlis hi-tea dan ramah mesra bersama agensi kerajaan, pemilik premis inap dusun dan perunding bagi program pemurniaan pelancongan negeri selangor (P3S) oleh pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang bertempat di Kompleks Sukan Dan Dewan Serbaguna, Hulu Selangor.

VL hospitaliti

20 Ogos 2019 (Selasa) – Cawangan Hubungan Industri telah mengadakan Program Visiting Lecturer di Fraser Residence Kuala Lumpur dalam usaha memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang perhotelan.

SEED

19 Ogos 2019 (Isnin) Sunway Resort Spa & Hotel – Seramai 6 orang pelajar dari jurusan Jahitan Pakaian Lelaki (JPL), Jabatan Tekstil IKBN Peretak telah berjaya terpilih bagi Program SEED iaitu Starting Early Entrepreneurship Development dibawah Program Yayasan Raja Muda Selangor. Satu sesi taklimat mengenai Program SEED ini telah disampaikan oleh pihak Yayasan Raja Muda Selangor dan perkongsian idea dari pereka terkenal dan Encik Faizal Hamid yang merupakan Pensyarah Kanan dari UiTM Shah Alam.

Page 10 of 28