Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

7 September 2020 (Isnin) – Slot Team Building Program Bootcamp IKBN Peretak bidang Tetapi Kecantikan dengan kerjasama MOHA Group - MBH Medi Spa telah dilaksanakan selama 5 hari 4 malam bermula 1 hingga 5 September 2020 bertempat di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor dengan penyertaan penuh oleh 20 orang peserta Bootcamp.

IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu – Sesi Taklimat Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pekerja-pekerja kontraktor perkhidmatan dan pegawai dan kakitangan baru IKBN Peretak telah diadakan pada Jumaat, 04 September 2020 bertempat di Auditorium, IKBN Peretak.

03 September 2020 (Khamis) – Jurusan Penyediaan Makanan, Jabatan Hospitaliti,  IKBN Peretak telah mengadakan sesi perkongsian ilmu bagi Kursus In House Training Advanced Menu Engineering For Food Production And Marketing bagi Program Pembangunan Kemahiran (PPK) .

Sesi ini diadakan sebagai perkongsian ilmu bagi pengajar yang telah terpilih untuk menghadiri kursus yang telah di anjurkan oleh IKTBN Alor Gajah sebelum ini bertempat di MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi. Sesi perkongsian ilmu disampaikan oleh Puan Norshazila binti Mohamed Rahman dan Puan Norazilah binti Abd Rahman dan disertai oleh semua pegawai Jabatan Hospitaliti dari semua bahagian.


Perkongsian seperti ini sangat membantu pengajar - pengajar dalam meningkatkan kompetensi pengajar-pengajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke tahap seterusnya. Ilmu seperti ini amat bermanfaat bagi membantu sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih matang dan terbaik kepada pelajar-pelajar ILKBS.

Disediakan oleh: Puan Norazilah Binti Abdul Rahman

 

1 September 2020 (Selasa) – Seramai 39 orang pelajar dari Jurusan Pastri dan Penyajian Semester 4 telah kembali semula ke IKBN Peretak setelah 6 bulan bercuti bagi menyelesaikan amali dan peperiksaan akhir yang tertangguh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas sebab penularan wabak penyakit Coronavirus Covid-19 yang telah melanda negara.

Tuesday, 01 September 2020 15:49

SELAMAT KEMBALI KE IKBN PERETAK

Written by

1 September 2020 (Selasa) - Pelajar lapor diri setelah lama bercuti. Semua pelajar diwajibkan melalui saringan kesihatan oleh team klinik. Kekalkan penjarakan sosial anda.

Selamat kembali ke IKBN Peretak.

#staySafe

28 Ogos 2020 (Jumaat) - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan program Seminar Kecergasan dan Semarak Kemerdekaan (Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik) melibat semua pegawai dan kakitangan IKBN Peretak.

Tuesday, 01 September 2020 15:44

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN OGOS

Written by

28 Ogos 2020 (Jumaat) - IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu Jabatan Personal, Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Tekstil telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2020 yang bertemakan Hari Kemerdekaan bertempat di Auditoruim, IKBN Peretak. Majlis dirasmikan pleh Pengarah IKBN Peretak iaitu Puan Normahsyuri binti Md Shariff dengan menyampaikan amanat sepanjang  PKP.  Selain itu, antara pengisian perhimpunan bulanan kali ini ialah memperkenalkan pegawai baru, penyampaian sijil kepada peserta pertandingan World Skill Malaysia Pengajar (WSMP) 2019, penyampaian sijil kepada pemenang pertandingan Waste is Amaze, penyampaian sijil kepada pengajar yang terlibat dalam penghasilan Personal Protection Equipment (PPE), tayangan video aktiviti sepanjang bulan Mac sehingga Ogos, dan penyampaian cenderahati kepada pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan Mac hingga Ogos. IKBN Peretak  mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke 63, Malaysia Prihatin.

Disediakan oleh : En. Nurkhairul Ikhwan Bin Amran

Tuesday, 01 September 2020 15:42

KURSUS KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS- JKKI

Written by

27 Ogos 2020 - Kursus Keselamatan dan Pertolongan Cemas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 hingga 27 Ogos 2020. Pada 26 Ogos kursus diadakan di Auditorium, IKBN Peretak dan pada 27 Ogos pula kursus diadakan di Akademi Bomba dan Balai Bomba, Kuala Kubu Bharu. Kursus ini melibatkan seramai 34 orang ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Institut (JKKI) serta 4 orang pegawai bomba. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai aspek tindakan keselamatan dan kecemasan kepada ahli JKKI yang baru ditubuhkan. Selain itu, memberi persediaan serta langkah kesiapsiagaan kepada ahli pasukan Emergency Response Team (ERT) dan Fire Team JKKI. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti pengungsian bangunan, teknik asas menyelamat, simulasi bilik gelap, teknik penggunaan hos dan simulasi pengendalian alat pemadam api.

Disediakan oleh: Cik Nur Syuhada Binti Ramli

IKTBN Bachok - Kursus Transform Skill Trainer For Marking Scheme telah diadakan pada 23 hingga 26 Ogos 2020 selama 4 hari bertempat di IKTBN Bachok, Kelantan. Kursus ini melibatkan 12 orang pengajar dari Jurusan Penyajian dari setiap IKBN. Objektif kursus ini adalah untuk membantu jurulatih mengetahui penilaian skema permarkahan di dalam pertandingan dalam membantu peserta WSMB agar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dikehendaki mengikut skema permarkahan pertandingan.  Selain itu, peserta WSMB juga dapat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam pertandingan serta jurulatih dan peserta WSMB juga boleh mentafsir dan memahami kepelbagaian keperluan soalan pertandingan. IKBN Peretak diwakili oleh Pn Shulieyani Bt Yahya dan Pn Anith Mastura Bt Mashor dari Bidang Penyajian, Jabatan Hospitaliti.

Disediakan Oleh : Pn. Shulieyani Binti Yahya

25 Ogos 2020, MARDI Cameron Highland Pahang - Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menganjurkan Bengkel Penggubalan, Pemurnian dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS Siri 2 Tahun 2020 Bersama Jawatankuasa Panel Teknikal (TAC) bagi 4 Bidang iaitu Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Terapi Kecantikan), Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut), Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Roti), Diploma Teknologi Fesyen dan Subjek Umum Seni Kraf & Fesyen. Bengkel ini telah diadakan pada 23 - 25 Ogos 2020 dengan dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Peretak iaitu Pn. Normahsyuri Binti Shariff dan dipantau oleh Wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran KBS.

Page 2 of 28