Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

IKBN PERETAK, 14 Ogos 2020 – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Bengkel Pembentangan Pelan Strategik dan Anggaran Belanja Mengurus 2021 IKBN Peretak bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak.

13 Ogos 2020 (Khamis) – Pengajar-pengajar dari Jabatan Hospitaliti, Jurusan Penyediaan Makanan IKBN/IKTBN seluruh Malaysia telah menghadiri Kursus Advanced Menu Engineering For Food Production And Marketing bagi Program Pembangunan Kemahiran (PPK) yang bertempat di MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi selama 5 hari bermula 9 hingga 13  Ogos 2020. Penyelaras bagi kursus adalah dari IKTBN Alor Gajah. Kursus ini melibatkan 6 ILKBS iaitu IKBN Peretak (2 peserta), IKTBN Alor Gajah (3 peserta), IKTBN Bachok (2 peserta), IKBN Kemasik (1 peserta), IKBN Bandar Penawar (2 peserta) dan IKBN Miri (2 peserta). Kursus seperti ini sangat membantu pengajar - pengajar dalam meningkatkan kompetensi pengajar-pengajar ILKBS ke tahap seterusnya.

Disediakan oleh: Puan Norazilah Binti Abdul Rahman

18 Ogos 2020 (Selasa) – Kunjung hormat dan perbincangan KEMUDA YADIM ke IKBN Peretak dihadiri wakil IKBN Puan Normahsyuri binti Md Shariff selaku Pengarah, En. Shahdan bin Zainal, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Pn. Azini binti Ismail, Ketua Unit Kaunseling & Kerjaya, Pn. Siti Zubaidah binti Abas, Ketua Unit Bina Insan dan En. Shahrul Iman bin Hasuana, Unit Agama Islam. YADIM diwakili En. Shahrizal bin Mat selaku Pengarah KEMUDA, En. Khamis dan Cik Asikin, Penolong Pengarah di Bahagian KEMUDA.

IKBN Peretak, 11 Ogos 2020 – Program Akaun Tabung Amanah telah dilaksanakan pada 23 Mac 2020 sehingga 7 Ogos 2020. Jabatan Pengajian Umum mensasarkan sebanyak 50 balang sahaja untuk dijual. Namun, sebanyak 140 balang popia cheese telah dijual kepada warga IKBN Peretak serta sekitar Kuala Kubu Bharu. ‘Popia cheese’ yang ditempah memerlukan masa selama tiga (3) hari untuk disiapkan sebelum ianya diserahkan kepada pembeli. Walaupun pelaksanaannya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JPU masih mengekalkan SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan. ‘Popia cheese’ sangat ini mendapat sambutan yang tinggi kerana ianya boleh dijadikan makanan ringan yang sesuai dimakan untuk semua peringkat umur.

 Disediakan oleh: Jabatan Pengajian Umum

IKBN Peretak,7 Ogos 2020 (Jumaat) - Majlis Penutup Lawatan Audit Pemantauan SIRIM 1 telah berlangsung di Bilik mesyuarat Utama, IKBN Peretak. Terima kasih kepada ketua audit iaitu En Muhammad Fadhlullah b. Rahmat. Hasil penemuan audit selama 2 hari pada 6-7ogos 2020, keputusan tiada NCR dan hanya 3 OFI sahaja dikeluarkan. Disebabkan tiada NCR dikeluarkan, ketua audit telah mengesyorkan kepada pihak IKBN Peretak untuk meneruskan persijilan MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang pindaan.  Ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk ISO 9001:2015, penyelaras prosedur dan semua pemegang prosedur yang memberi kerjasama sepanjang sesi Lawatan Pemantauan Audit SIRIM ini.

Disediakan oleh: Puan Maraini Binti Mat Isa

 

 

5 Ogos 2020 (Rabu) - Jabatan Personal, IKBN Peretak menjalankan aktiviti  khidmat sosial pada Program Promosi Bulan Kemerdekaan ‘Untukmu Frontliner’ dengan menawarkan harga promosi RM1 untuk perkhidmatan menggunting rambut dan RM 1 untuk perkhidmatan mencuci rambut. Harga promosi ini ditawarkan kepada frontliner bermula 3 Ogos 2020 sehingga 28 Ogos 2020. Tujuan program ini dilaksanakan pada bulan kemerdekaan ini adalah untuk membalas budi frontliner yang telah bertungkus lumus berkhidmat bagi mengekang jangkitan pandemik COVID-19 ini.

 

IKBN Peretak, 6 Ogos 2020 (Khamis) – Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan 1 Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dari pihak SIRIM telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak. Mesyuarat bersama Ketua Audit iaitu Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat dan Auditor  Puan Elly Nadia bt Che Afzar bersama Pengarah IKBN Peretak iaitu Puan Normahsyuri bt Md Shariff, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan iaitu Puan Siti Muhariah bt Untong, penyelaras prosedur dan semua pemegang-pemegang prosedur. Semasa audit pemantauan 1 ini, akan melihat kepada kepatuhan standard dan arahan serta peraturan yang berkuatkuasa termasuk ke atas prestasi pelaksanaan selaras dengan objektif kualiti dan sasaran yang ditetapkan termasuk Kawalan Risiko yang telah dikenalpasti. Lawatan Audit Pemantauan ini adalah selama 2 hari bermula 6 hingga 7 Ogos 2020. Semoga audit pemantauan 1 pada hari ini berjalan dengan lancar dan di permudahkan.

Disediakan Oleh :  Samsu Bin Kadir (CPKK, IKBN Peretak)

29 Julai 2020 (Rabu) - Jabatan Personal, IKBN Peretak telah menganjurkan kursus atas talian iaitu Kursus Solekan Ke Pejabat - Everyday Glam Makeup Tutorial selama 1 jam bermula jam 9:30 pagi tadi. Penceramah bagi kursus ini adalah pengajar dari Bahagian Terapi Kecantikan iaitu Cik Norshakila Binti Mohd Redzuan Jaya. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran solekan kepada semua wanita di luar tentang solekan yang sesuai digunakan ketika di pejabat supaya nampak menawan dan anggun pada waktu bekerja. Jumlah peserta yang berjaya hadir penuh sebanyak 80 orang yang terdiri dari pelbagai ILKBS dan agensi luar. Harapan kursus ini dapat memberi ilmu solekan kepada wanita di luar untuk diaplikasikan solekan ini ke pejabat.

 Disediakan oleh: Puan Syazana Binti Dzulkefli

28hb Julai 2020 (Selasa) – 2 orang Pegawai Jawatankuasa Pertanian Bandar Institut Kemahiran Belia Negara Peretak iaitu En. Samsu Bin Kadir dan En. Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh telah membuat satu sesi lawatan ke Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor untuk tujuan penyerahan dokumen Permohonan Projek Pertanian Bandar Penjana dan membuat tinjauan aktiviti dan kemudahan yang disediakan. IKBN Peretak menyahut seruan pihak Kerajaan menyertai Projek Pertanian Bandar di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi Kategori Komuniti Institusi.

 

Disediakan oleh;

Encik Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh

 

Disunting oleh;

Encik Samsu Bin Kadir

Monday, 27 July 2020 12:26

LSI – TERAPI KECANTIKAN

Written by

Lawatan Pemantauan Latihan Sangkutan Industri (LSI) bagi Pengajar Kemahiran Institut Latihan Awam (ILA) : Puan Rosmalinda Binti Kamaazaman di Zalna Perfection Resources Enterprise di Batang Kali, Selangor. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk pemantauan kepada pegawai terhadap penglibatan di industri dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kecantikan. Berharap dari program LSI ini pengajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran di kelas nanti.

Disediakan oleh: Puan Syazana Binti Dzulkefli

Page 3 of 28