Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

Wednesday, 21 September 2016 20:12

PROGRAM TABUNG AMANAH

Written by

IKBN PERETAK, 10hb September 2016, Sabtu - Kursus Separuh Masa IKBN Peretak, program Tabung Amanah (ATA) telah menjalankan kursus “Effective Communication Skills-Let’s Speak Out”, Anjuran Jabatan Pengajian Umum. Tujuan kursus ini adalah untuk memahirkan pertuturan Bahasa Inggeris. Pegawai Penyelaras ialah En.Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh dan Penceramah kursus ialah Cik Gokillavhani a/p Sathiaseelan. Seramai 28 peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Peserta-peserta yang terlibat adalah dikalangan Akademi Memandu (PS Samy Kuala Kubu Bharu), Akademi Memandu (Tan Academy Kuala Selangor), dan Belia Hulu Selangor. Kursus ini bermula tepat jam 8.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang. Skop pengajaran dan pembelajaran adalah tertumpu kepada persekitaran bekerja. Persembahan kumpulan “Presentation of Role-Play” telah diterapkan sebagai “Authentic Approach” untuk menunjukkan situasi yang sebenar berlaku. Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis (asas penguasaan Bahasa Inggeris telah digunakan). Sijil Penyertaan telah diberikan kepada para peserta yang hadir.

 

Disediakan Oleh : Hardev Singh Sokhal a/l Jaswant Singh ( IKBN PERETAK )

Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Friday, 02 September 2016 19:47

PEPERIKSAAN AKHIR SKM MELALUI SLDN

Written by

Desa Sri Hartamas Kuala Lumpur, 26 OGOS 2016 – IKBN Peretak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Cyberjaya bersama pihak industri yang berdaftar sebagai pusat bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) menjalankan peperiksaan akhir SLDN di tempat industri tersebut. Seramai 10 perantis yang layak menduduki peperiksaan akhir SLDN dalam bidang Dandanan Rambut yang melibatkan dua industri iaitu Curles&Trimmers Sdn Bhd dan Capello By Nina Sdn Bhd. Peperiksaan dijalankan secara teori dan amali akan dinilai oleh Pegawai Pegesahan Luaran yang dilantik oleh JPK.Turut hadir Pegawai Cawangan Hubungan Industri, IKBN Peretak serta Tenaga Pengajar Dandanan Rambut dari IKBN Peretak.

 

Disediakan Oleh : Suriati Binti Mat Daud ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Thursday, 01 September 2016 19:05

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OGOS

Written by

POGOS

IKBN Peretak, 30 OGOS 2016 – Sambutan majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2016 yang bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak telah dianjurkan oleh Jabatan Tekstil yang bertemakan ‘Kemerdekaan’. Perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Peretak sendiri iaitu Encik Mohd Hata Bin Hj. Saliman. Terdapat pelbagai acara menarik telah dilaksanakan dalam majlis tersebut. Antaranya persembahan sajak dan sketsa oleh pelajar Jabatan Tekstil yang menggunapakai hasil produk pelajar Tahap 3 Bidang Jahitan Pakaian Wanita dan Lelaki, sambutan hari lahir bagi pegawai dan pelajar serta pertandingan pakaian tercantik bagi empat (4) kategori pegawai dan pelajar lelaki dan wanita. Perhimpunan kali ini turut meraikan Hari Kemerdekaan melalui penyerahan bendera Malaysia kepada setiap ketua jabatan yang diiringi dengan nyanyian lagu keramat ‘Tanggal 31’ yang dinyanyikan oleh seluruh warga IKBN Peretak.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-59… #sehati sejiwa…

Disediakan Oleh: Rofizah Binti Ibrahim

Disunting Oleh: Rohaya Binti Mamat

Monday, 29 August 2016 19:00

MESYUARAT DAN BENGKEL PEMBANGUNAN WIM

Written by

INSTITUT LATIHAN STATISTIK MALAYSIA PERAK, 14 - 19 Ogos 2016 – Mesyuarat dan bengkel pembangunan WIM serta penggubalan soalan peperiksaan akhir IKBN sesi 2/2016 telah diadakan di Institut Latihan Statistik Malaysia. Turut Hadir, Encik Mohd Hata Bin Saliman Pengarah IKBN Peretak, Encik Rominor Ahmad Wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Encik Ahmad Mokhtar B Ishak Technical Advisor Committee dalam bidang jurusan roti. IKBN yang terlibat dalam mesyuarat serta bengkel ini dari IKBN Peretak, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Kuala Langat, IKBN Kemasik dan IKTBN Alor Gajah.

Sumber Berita : Mohd Sizwan Bin Sidik ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Monday, 29 August 2016 18:38

LAWATAN PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN STOR

Written by

IKBN Peretak, 10 Ogos 2016 – Sistem Pengurusan Stor (SPS) merupakan tatacara pengurusan stor yang wajib dipatuhi berdasarkan peraturan semasa yang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, tiga (3) orang pegawai daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, KBS telah mengadakan pemantauan prestasi pelaksanaan SPS oleh IKBN Peretak disamping mengadakan taklimat ringkas kepada pengguna. Beberapa isu telah dikenalpasti untuk dibuat penambahbaikan bagi mencapai aspirasi pelaksanaan SPS tersebut di peringkat Kementerian Belia dan Sukan.  

 

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

IKBN PERETAK, 08 Ogos 2016 – Tuan Hj Shamsudin bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah mengadakan Lawatan Kerja di IKBN Peretak dengan tujuan utama menilai sendiri laporan kerosakan kritikal yang telah diterima oleh beliau di samping menyemak kembali prestasi kewangan semasa IKBN Peretak. Beliau turut mempengerusikan mesyuarat teknikal bersama pihak JKR Hulu Selangor sebelum melawat asrama pelajar dan bengkel-bengkel kemahiran.  

Disediakan Oleh: Abdul Rashid Bin Hj Mohd Munir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Monday, 29 August 2016 18:12

KARNIVAL SUKAN IPT SELANGOR

Written by

DARUL QURAN SELANGOR, 4 - 7 ogos 2016 -  IKBN Peretak telah menyertai karnival sukan IPT Selangor bawah 23 tahun sempena konvokesyen Darul Quran kali ke 25/2016. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola jaring, bola sepak, futsal dan sepak takraw. IKBN Peretak telah mendaftar 4 acara iaitu bola sepak, futsal, bola jaring dan sepak takraw .

Tahniah dan syabas kepada pasukan bola jaring dan sepak takraw kerana berjaya merangkul johan serta pasukan bola sepak berjaya  mendapat tempat ke-3 bagi acara yang dipertandingkan. Pasukan bola jaring dan sepak takraw membawa pulang piala pusingan, medal dan wang tunai manakala pasukan bola sepak membawa pulang medal dan wang tunai.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua pemain kerana mengharumkan nama insitut dalam bidang sukan dan agar pada tahun hadapan ikbn peretak dapat mengekalkan kejuaraan.                 

Disediakan Oleh: Metdriyanto Bin Zakaria ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

PERTANDINGAN REKA FESYEN WASTE IS AMAZE

IKBN Peretak, 28 Mei 2016 – Bertempat di Pentas Utama Floria 2016 Putrajaya berlangsungnya Pertandingan Reka Fesyen ‘Waste Is Amaze’ Sempena Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 dengan tema ‘Fairy Tales Couture’. Seramai 30 pereka telah layak ke peringkat akhir daripada 150 penyertaan yang dihantar. Antara institusi yang terlibat Universiti Teknologi Mara (UITM), Kolej Komuniti, Kolej Swasta dan pensyarah daripada sektor awam serta swasta. Pelajar daripada Jabatan Tekstil seramai 6 orang tercalon ke peringkat akhir iaitu Mohd Hafiz Mohd Isa, Ummi Natrah Bt.Zainol, Mohamad Faiz B.Kadar, Mohamad Amir Mohd Husin, Noor Aranda Mohd Yasin dan Noor Fadzlyina Bt Ismail. Pelajar yang terlibat daripada Tahap 1 dan Tahap 3. Noor Aranda Bt.Mohd Yasin telah memenangi Tempat Ke-2 dengan membawa pulang wang tunai RM800 beserta trofi, sijil, produk kecantikan dan selempang, manakala Noor Fadzlyina Bt Ismail telah memenangi Tempat Ke-4 dengan membawa pulang wang tunai RM250 beserta sijil dan selempang. Penasihat Projek bagi produk ini adalah Puan Norfarizan Binti Jawahir.

Disediakan oleh: Norfarizan Binti Jawahir ( IKBN PERETAK )
Disunting Oleh : Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Thursday, 16 June 2016 00:00

HOSPITALITY GALA NIGHT 2016

Written by

HOSPITALITY GALA NIGHT 2016

IKBN Peretak, 20 MEI 2016 - Jabatan Hospitaliti telah mengadakan Hospitality Gala Night 2016 pada 20hb Mei 2016. Seramai  200 orang tetamu menghadirkan diri dalam majlis Makan Malam ini. Pelajar Jabatan Hospitaliti telah menyediakan pelbagai hidangan makanan pada malam tersebut.

 

Dalam majlis tersebut, pelajar telah menyediakan persembahan dan menyertai pertandingan karaoke. Majlis Makan Malam tersebut berjalan dengan lancar dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan pegawai Jabatan Hospitaliti.

Jabatan Hospitaliti mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan juga komitmen yang diberikan oleh para pengajar dan pelatih.

Disediakan oleh: Ratha A/P Vitiveloo ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh: Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Wednesday, 15 June 2016 23:13

HOSPITALITY BEYOND BORDERS

Written by

HOSPITALITY BEYOND BORDERS

IKBN Peretak, 16 MEI 2016  - Jabatan Hospitaliti telah mengadakan Minggu Hospitaliti yang bertemakan Hospitality Beyond Borders pada 16hb hingga 20 Mei 2016.Program yang dikendalikan oleh pegawai dan pelajar-pelajar Tahap 1, 2 dan 3 Jabatan Hospitaliti. Seramai  20 orang pegawai dan 284 orang pelajar melibatkan diri dalam program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu tersebut. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti Pertandingan Demonstrasi masakan “Varieties of Bun”, Decoration Cake, Masakan “Char Kuey Teow” dan Karnival Sukaneka.

Program ini ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan pegawai Jabatan Hospitaliti, memupuk kesihatan jasmani dan suntikan rohani dalam mengeratkan hubungan  bersama pelajar dan pegawai dan memberi gambaran yang sebenar dan pengalaman kepada para pelajar dalam menguruskan dan mengendalikan sesebuah program.

Jabatan Hospitaliti mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan juga komitmen yang diberikan oleh para pengajar dan pelatih.

Disediakan oleh: Ratha A/P Vitiveloo ( IKBN PERETAK )
Disunting oleh: Nicholos Micheal ( IKBN PERETAK )

Page 27 of 28