Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

 

Kuala Kubu Bharu, 23 Julai 2020 (Khamis) – Seramai 12 orang ahli Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) telah mengadakan lawatan ke IKBN Peretak pada hari ini. Rombongan Panel Penilai terdiri daripada 4 orang pegawai JPK bersama 8 orang Panel Industri yang telah dilantik oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk membuat pemeriksaan dokumentasi dan fasiliti kemudahan  Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan oleh Institut bagi permohonan pentauliahan program-program latihan Kemahiran yang ditawarkan oleh Institut.

IKBN Peretak, 16 Julai 2020(Khamis) - Bahagian Penyediaan Pastri, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak bersama CPKK selaku Penyelaras kursus telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) :Advanced Cake Decoration Specialist icing Embroidery & Sugar Lace Decoration. Kursus ini telah diadakan pada 13 hingga 16 Julai 2020 selama 4 hari bertempat di  Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak . Kursus ini telah dihadiri seramai 12 orang perserta yang melibatkan  5 ILKBS iaitu IKBN Peretak, IKTBN Alor Gajah, IKBN Kemasik, IKBN Miri dan IKBN Bandar Penawar. Kursus ini memfokuskan kepada penghasilan Embroidery & sugar lace dengan menggunakan kaedah yang terbaru seperti lambert, Crimping, peony flower, string work, Girls Design, Smocking dan Flower Petals. Kursus seperti ini sangat membantu pengajar-pengajar dalam meningkatkan kompetensi pengajar-pengajar ILKBS.

 

Disediakan oleh: Encik Nurkhairul Ikhwan Bin Amran

IKBN Peretak, 16 Julai 2020 (Khamis) - Program Pembasmian Dadah Peringkat IKBN Peretak anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar telah dihadiri seramai 21 orang yang terdiri dari kalangan Pegawai dan tenaga pengajar IKBN Peretak. Program ini bertujuan untuk meningkatkn kefahaman para pegawai berkaitan jenis-jenis dadah dan pendedahan kaedah mengesan pelajar-pelajar yang terjebak dengan dadah serta mengenal pasti penggunaan peralatan untuk menghisap dadah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan kolaborasi antara IKBN Peretak dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam membanteras penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar khususnya dan warga IKBN Peretak amnya. Pada program ini, ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Redzuan bin Madlan, Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan, AADK Hulu Selangor.

Disediakan oleh : Pn. Siti Zubaidah binti Abas

Kursus Specialised Therapies: Micro Dermabrasion & Chemical Peeling di bawah Program Pembangunan Kepakaran (PPK) dan Latihan Semula Pengajar bagi tahun 2020 dalam bidang Terapi Kecantikan. Kursus ini dilaksanakan pada 06 hingg 09 Julai 2020 bertempat di D Gateway Perdana Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 4 orang peserta yang terpilih dalam kursus ini dimana pemilihan berdasarkan kepada bidang tugas dan ability checklist melalui sistem eProfiling yang mana 3 orang terdiri daripada pengajar dari IKBN Peretak dan seorang pengajar dari IKBN Kemasik. Pelaksanaan kursus ini adalah dari Syarikat Urus Budaya yang banyak pengalaman dalam bidang kecantikan dan latihan pengajar. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah memberi kemahiran teori dan amali specialised therapies kepada pengajar- pengajar kecantikan dalam pelaksanaan ability SKM Tahap 4. Dengan pelaksanaan kursus ini, pengajar- pengajar dapat memberi pendedahan kepada para pelajar IKBN khususnya terhadap kemahiran ini dalam pembelajaran di dalam kelas nanti.

 

Disediakan oleh: Puan Syazana Binti Dzulkefli

27 Jun 2020 (Sabtu), Angkasapuri – Rancangan Pesona XY yang membincangkan isu-isu semasa yang disiarkan di secara langsung TV1 dan Myfreeview saluran 123 telah berlangsung di Wisma Berita Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Puan Raja Hasmariani Hj. Raja Ismail selaku Penerbit Pesona XY telah menjemput Johan dan Naib Johan Pertandingan Reka Fesyen Waste Is Amaze 2020 bertemakan Plastic Couture anjuran Alam Flora iaitu Norfarizan Jawahir dan Muhammad Hafiz Zakaria sebagai tetamu program Pesona XY bagi berkongsi kisah kejayaan serta pengalaman mereka dalam menghasilkan rekaan yang unik. Turut terlibat dalam majlis tersebut adalah Pn.Zainab Binti Majib bersama model yang menggayakan pakaian petandingan tersebut.

Disediakan oleh: Puan Norfarizan Binti Jawahir

26 Jun 2020 (Jumaat), Shah Alam - Sesi penyampaian hadiah bagi Pertandingan Reka Fesyen Waste Is Amaze 2020 bertemakan Plastic Couture telah berlangsung di Pejabat Alamflora Shah Alam. Penyampaian hadiah telah di sampaikan oleh Dato Haji Mohd Zain Hassan, CEO Alamflora Sdn.Bhd. Majlis telah dihadiri oleh pegawai yang terlibat Pn.Norfarizan Binti Jawahir dan Pn.Zainab Binti Majid.

Thursday, 25 June 2020 10:22

TAKLIMAT PROGRAM  PERTANIAN BANDAR

Written by

24 Jun 2020 (Rabu), IKBN  Peretak, Kuala Kubu Bharu – Satu sesi taklimat mengenai Program  Pertanian Bandar telah diadakan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor kepada Pengurusan Tertinggi IKBN Peretak yang turut dihadiri oleh Pn. Normahsyuri Binti Md Shariff Pengarah IKBN Peretak pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak.

20 Jun 2020 (Sabtu), IKBN Peretak - Bertempat di Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah berlangsungnya Pertandingan Reka Fesyen – Waste Is Amaze 2020 buat julung kalinya yang dilaksanakan dengan kaedah norma baharu iaitu secara atas talian (online).

Kuala Kubu Bharu, 05 Jun 2020 (Jumaat) - IKBN Peretak telah melaksanakan Bengkel Penambahbaikan Bahan Pengajaran Bertulis Siri 1 Tahun 2020 bermula pada 01 Jun hingga 05 Jun 2020 melibatkan tenaga pengajar bagi program-program Kursus yang ditawarkan oleh IKBN Peretak.

IKBN Peretak, 5 Jun 2020 (Jumaat) – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 secara tertutup di Billik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan jasa bakti terhadap komitmen dan dedikasi sepanjang tahun 2019.

Page 4 of 28