Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

Thursday, 19 December 2019 18:06

Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 2.2019

Written by

Exam

9, 10 & 12 Disember 2019Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 2.2019 di Dewan DAHA, IKBN Peretak

16-18 Disember 2019Peperiksaan Amali Akhir ILKBS Sesi 2.2019

18 Disember 2019Pembentangan Projek Akhir ILKBS Sesi 2.2019

graduasi

4 Disember 2019 - Berlangsung di IKBN Peretak, Majlis Pra Graduasi Sesi 2/2019 & Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat IKBN Peretak di mana anjuran ini di laksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

sayangi

1 Disember 2019 (Ahad), Felda Sungai Tengi – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak, telah memenuhi jemputan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor untuk menyertai pameran promosi dan menawarkan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada komuniti yang hadir sempena Karnival Sayangi Komuniti di Dewan Serbaguna Felda Sg. Tengi.

fashion

27 November 2019 (Rabu) IKBN Peretak – Jabatan Tekstil, IKBN Peretak dengan kerjasama syarikat Color Blast Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen sempena Pertandingan Rekaan dan Pembuatan Pakaian yang mula diadakan sejak 04 Oktober 2019. Sebanyak 30 rekaan daripada 60 rekaan telah terpilih ke peringkat akhir dan telah dipersembahkan oleh pelajar IKBN Peretak sendiri.

Monday, 25 November 2019 18:01

KURSUS JAHITAN KREATIF

Written by

jahit

24 November 2019 (Ahad) – Subang Jaya - Seramai 8 orang pengajar dari Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah mengikuti Kursus Jahitan Kreatif yang telah diadakan di Sewing World Gallery, One City, Subang Jaya, Selangor pada 21 hingga 24 November 2019 selama 4 hari.

pahat

23 November 2019 (Sabtu), Bukit Batu Pahat – Aktiviti Penjelajahan lasak ialah salah satu komponen di dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

maulidurrasul

22hb November 2019 - Jumaat, IKBN Peretak – Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat IKBN Peretak Tahun 1441H/2019M dengan tema “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”, telah berjaya dilaksanakan pada 25 Rabiulawal 1441H bersamaan 22 November 2019 (Jumaat) bermula dengan acara perarakan pada jam 8.10 pagi. Perarakan yang diketuai oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff dengan diiringi selawat ke atas nabi dan dihiasi dengan sepanduk yang direka oleh pelajar-pelajar mengikut jurusan.

kerjaya

21hb November 2019 (Khamis), Kuala Lumpur – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak, telah menyertai pameran dan promosi institut sempena Program Hari Kerjaya & Pendidikan Lanjutan Program Ikon Remaja peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur.

meja bulat

19 November 2019 (Selasa) - Seramai 4 Pegawai IKBN Peretak iaitu En. Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh, Pn. Azini Binti Ismail, Pn. Azaenn Binti Mohd Aziz Dan Pn. Nur Salmah Binti Hanafe telah menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia “Pemerkasaan Wanita Dalam Sukan Di Malaysia” yang telah berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Monday, 18 November 2019 17:41

ALAM FLORA CITY HUNT 2019

Written by

alam

17 November 2019 (Ahad), bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berlangsungnya Alam Flora City Hunt 2019. Seramai 62 orang atau 16 kumpulan pelajar dari Bidang Jahitan Pakaian Wanita dan Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah terlibat menyertai pertandingan yang dipertandingkan pada hari tersebut. Pertandingan ini memerlukan peserta melibatkan diri di dalam aktiviti 'explore race' disamping menghasilkan aksesori serta pakaian yang bersumberkan daripada bahan-bahan kitar semula. Pelajar daripada Bidang Jahitan Pakaian Wanita telah memenangi Kategori Best Sosial Media bagi rekaan yang telah dihasilkan serta memenangi Top 25 bagi acara 'explore race'. Penglibatan seumpama ini amat penting di dalam melatih pelajar menghasilkan rekaan-rekaan berasaskan bahan-bahan kitar semula disamping aktiviti sukan berkumpulan. Pelajar diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring iaitu Puan Zainab Binti Majid dan Cik Marliana Binti Abdullah.

Disediakan oleh: Puan Norfarizan Binti Jawahir

Page 7 of 28