Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Peretak

IKBN Peretak (380)

PSH

7 November 2019, Khamis: Putrajaya – Satu Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional Tahun 2019 telah berlangsung di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan tema "Memupuk Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat: Ke Arah Kesejahteraan Rakyat” anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. IKBN Peretak telah dijemput untuk menyertai Pameran Kerjaya sepanjang persidangan itu berlangsung dengan membuat Promosi Akaun Amanah Latihan Khas ILKBS, boothcamp, SLDN serta demostrasi Henna. Program ini adalah salah satu usaha membudayakan dan mempromosikan program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mana ILKBS adalah salah satu agensi dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang melaksanakannya.

Disediakan oleh : Puan Fazila Binti Ramli

prostar

3 November 2019, IKBN Peretak – Program Latihan PRS PROSTAR IPT 2019 peringkat daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor telah diadakan dengan kerjasama IKBN Peretak pada 1 hingga 3 November 2019 bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak. Program yang dianjurkan selama tiga hari dua malam ini disertai seramai 30 orang pelajar IKBN Peretak dan 4 orang pelajar Darul Quran.

Thursday, 07 November 2019 17:15

OPEN DAY MOHA SDN.BHD BERSAMA IKBN PERETAK

Written by

MOHA

31 Oktober 2019 (Khamis), Open Day MOHA Group Sdn.Bhd bersama IKBN Peretak telah dilaksanakan di MBH Beauty Academy, Kajang, Selangor.

niaga

1 November 2019 (Jumaat) - Program Seminar Penjanaan Idea dan Modal Kanvas Perniagaan telah berlangsung di Auditorium, IKBN Peretak. Penceramah jemputan yang dipanggil untuk seminar ini adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan iaitu Dr Natrah Binti Ismail. Kursus ini disertai oleh pelajar dari semester 2 dan 4 dari pelbagai jurusan telah di beri pendedahan keusahawanan dan motivasi diri. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi idea dan peluang dalam perniagaan, menganalisa produk dan peluang perniagaan dan merancang perancangan strategik dalam perniagaan. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak, Pn. Suraya Binti Sulaiman.

Disediakan oleh: Puan Azini Binti Ismail

Thursday, 31 October 2019 15:19

KURSUS BODY WRAP DAN BODY THERMAL THERAPY

Written by

inhouse TK

30 Oktober 2019 (Rabu) - Bengkel Lavender, Jabatan Personal, IKBN Peretak. Pada 29 hingga 30 Oktober 2019, telah berlangsungnya Kursus Body Wrap dan Body Thermal Therapy bagi Program Latihan Dalaman / in-house traning kepada tenaga pengajar Jabatan Personal yang telah dikendalikan oleh Puan Rosmalinda Binti Kamaazman. Beliau merupakan pengajar bagi Jurusan Terapi Kecantikan, Jabatan Personal, IKBN Peretak.  Kursus ini telah disertai oleh 2 orang pengajar jurusan Perekaan Gaya Rambut iaitu Puan Janefer Farida Binti Baharuddin dan Puan Hafizah Binti Rumli serta seorang pengajar Jurusan Terapi Kecantikan iaitu Cik Nor Shakila Binti Mohd Redzuan Jaya. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi perkongsian ilmu disamping menambahkan pengetahuan serta meningkatkan kemahiran sedia ada kepada pengajar dari jurusan lain.

Disediakan oleh: Puan Rosmalinda Binti Kamaazman

SEED3

25 oktober 2019 (Jumaat). Bertempat di Hotel Maya. Kuala Lumpur telah berlansungnya pemilihan akhir untuk Top 3 dibawah Program Yayasan Raja Muda Selangor iaitu SEED - Starting Up & Early Entrepreneurship Development. Dua orang pelajar IKBN Peretak dari Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil iaitu Saudara Muhammad Syahir Bin Sofian Shahuri dan Saudari Siti Fadhilah Binti Mohamed Zakaria telah terpilih ke peringkat akhir Top 6. Walau bagaimanapun, rezeki tidak memihak kepada mereka untuk terpilih ke Top 3. Tahniah diucapkan atas segala usaha mereka dalam menghasilkan pakaian untuk pertandingan ini dari peringkat pertama sehingga terpilih ke peringkat Top 6. Semoga semangat mereka tidak terhenti disini dan akan terus berjaya dan mencipta nama di dalam dunia fesyen. Tahniah diucapkan!

Disediakan oleh : Cik Siti Norihan Binti Jaafar, KB JPL

BSN

18 Oktober 2019 (Jumaat), IKBN Peretak - Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) 2019 IKBN Peretak telah dimulakan dengan pelancaran oleh Pengarah IKBNPT, Puan Normahsyuri bt. Md Shariff dengan menjaringkan Bola Jaring ke jaring yang telah disediakan sebagai gimik sambutan pada kali ini.

WSMP TK

17 Oktober 2019, CIAST Shah Alam – Pertandingan Worldskills Malaysia Pengajar (WSMP) Peringkat Akhir bagi bidang Beauty Therapy telah berlangsung di CIAST Shah Alam bermula 14 hingga 17 Oktober 2019. Pertandingan WSMP ini telah disertai oleh Puan Shaliza Bt Ahmad Powab mewakili IKBN Peretak dimana beliau merupakan tenaga pengajar bagi jurusan Terapi Kecantikan. Selain itu, terdapat 6 modul yang dipertandingkan dalam tempoh 16 jam iaitu modul- modul advanced facial with tinting, express facial & spa body treatment, individual eyelashes extension, waxing, spa pedicure & manicure dan fantasy make up & nail art. Harapan di dalam pertandingan ini dapat memberi hasil yang terbaik kepada ILKBS dengan memperolehi kejayaan.

Disediakan oleh: Puan Shaliza Bt Ahmad Powab

Monday, 21 October 2019 10:24

2019 SELANGOR R&D AND INNOVATIONS EXPO

Written by

expoSel

From the 10th of October till the 13th of October 2019, the 2019 Selangor R&D and Innovations Expo was held in Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Many activities were held such as seminars, conferences, innovation awards and competitions.

KLCC

7 Oktober 2019 (Isnin), KLCC - Jabatan Personal, IKBN Peretak telah menyertai International Mastery Hair & Makeup Competion anjuran International Beauty Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre. Jabatan Personal telah menghantar 2 peserta iaitu Siti Nurul Izzah binti Samsurbahari dan Noorhazirah binti Sahadudin bagi kategori pelajar di bawah seliaan Puan Syazana Binti Dzulkefli menyertai pertandingan tersebut dengan tema pertandingan iaitu Structured with lines. Syukur Alhamdullilah, penyertaan Siti Nurul Izzah telah mendapat 2nd runner up bagi kategori tersebut. Semoga melalui pertandingan seperti ini dapat memberi semangat kepada pelajar bagi memperkembangkan lagi kemahiran dan kreativiti dalam seni solekan dan rekaan gaya rambut.

Disediakan oleh: Puan Syazana Binti Dzulkefli

Page 8 of 28