Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bachok

IKTBN Bachok (211)

PBJAN17

Bachok, 09 Januari 2017- IKTBN Bachok telah mengadakan perhimpunan Bulanan yang pertama bagi tahun 2017. Perhimpunan ini telah di hos kan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Pada hari tersebut juga diadakan pada Majlis Penyerahan Pelajar Baru bagi sesi Januari 2017 kepada pihak bengkel sebagai simbolik berakhirnya Minggu Paradigma Pelajar yang bermula pada 04 Januari 2017 dan berakhir pada hari tersebut. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKTBN Bachok En. Ab Rashid Bin Hj. Deraman.

Perhimpunan pada kali ini juga dibuat dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dengan  ucapan oleh Tuan Pengarah IKTBN Bachok En. Ab Rashid Bin Hj. Deraman juga dalam Bahasa Inggeris. Kepada semua pelajar baru selamat menjalani Latihan dan kehidupan baru di IKTBN Bachok.

Thursday, 05 January 2017 15:39

Selamat Datang Pelajar Baru IKTBN Bachok

Written by

 

PENDAFTARAN

Bachok, 05 Januari 2017 - Pada hari  Rabu 04 Januari 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menerima Pelajar baru bagi Sesi Januari 2017 seramai 51 orang pelajar.

Pada sesi ini IKTBN Bachok hanya mengambil 3 jurusan sahaja dengan kuota sebanyak 75 orang pelajar. Pada pendaftaran pertama yang dilaksanakan semalam seramai 51 orang pelajar sahaja yang melapor diri.Pihak IKTBN Bachok mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan kemahiran.

Panggilan kedua dijangka akan diadakan pada 10 Januari 2017 bagi memenuhi kuota yang telah ditetapkan. Bagi calon-calon pelajar yang telah membuat rayuan semakan boleh dibuat pada 06 Januari 2017 untuk mengetahui sama ada rayuan diterima atau tidak.

Thursday, 05 January 2017 15:07

Jasamu Dikenang

Written by

 

JASAMUDIKENANG

Bachok, 05 Januari 2017 - Pada hari  Isnin 02 Januari 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah mengadakan jamuan persaraan bersempena dengan persaraan En. Mohd Shahipudin B. Hussein yang menamatkan perkhidmatan pada 16 Oktober 2016 yang lalu setelah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 36 Tahun 10 Bulan dan 1 Hari.

Anak kelahiran Kelantan ini merupakan seorang pegawai yang komited dan berdedikasi dalam setiap apa yang dilakukan malahan beliau juga merupakan pengajar bagi bengkel Binaan Bangunan. Setiap Pengetahuan yang dimilikinya dicurahkan kepada pelajar- pelajar IKTBN Bachok dengan harapan supaya dewasa kelak mereka akan terus menyumbang bakti kepada agama bangsa dan negara.

Persaraan beliau dari perkhidmatan memberikan impak kepada kenalan - kenalan di IKTBN Bachok kerana dengan sifat rendah diri beliau itulah yang mengukuhkan tali silaturrahim dikalangan pegawai. Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada En. Mohd Shahipudin B. Hussein, Jasamu akan terus dikenang.

KJJP

Bachok, 11 Oktober 2016 – IKTBN Bachok dengan kerjasama Empower ECER, Universiti Malaysia Kelantan telah melaksanakan kursus Jangka Pendek “Scaffolding” Siri 1/2016 yang bermula pada 25 September 2016 dan berakhir pada 04 Oktober 2016.

Seramai 14 orang belia dari Jajahan Bachok dan Jeli Kelantan telah berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya. Kerjasama ini bertujuan membantu belia khasnya di Jajahan Bachok dan juga Jeli memperoleh kemahiran dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Perasmian penutup telah diadakan pada 05 Oktober 2016 yang telah dirasmikan oleh Datuk Dr Ilias Bin Hussain dengan disaksikan oleh 20 Orang Pegawai dari Empower ECER, Universiti Malaysia Kelan (UMK) dan juga dari IKTBN Bachok Sendiri.

Wednesday, 12 October 2016 00:48

Program Gerbang Kerjaya IKTBN Bachok 2016

Written by

GK1

 

Bachok, 11 Oktober - Pada 04 Oktober 2016, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah mengadakan Program Gerbang Kerjaya yang berlangsung di Dewan Serba guna institut tersebut. Program tersebut merupakan salah satu acara tahunan di mana perjanjian persefahaman yang dilakukan antara IKTBN Bachok dan juga pihak syarikat- syarikat dalam membantu pelajar- pelajar IKTBN Bachok dalam peluang kerjaya.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu, dihadiri oleh hadirin yang terdiri daripada masyarakat sekitar dan dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Bachok , Tuan Ab. Rashid Hj.Deraman. Semasa ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa pelajar- pelajar IKTBN Bachok haruslah memanfaatkan perjanjian persefahaman yang dilakukan di antara institut dan juga syarikat- syarikat.

Untuk Gerbang Kerjaya kali ini, sebanyak 6 syarikat yang memetrai perjanjian persefahaman iaitu,  UB Resort World Sdn Bhd, Mie Technicpart Sdn Bhd, Ziq Bakery And Cakes Sdn Bhd, Perhentian Island Resort Sdn Bhd, Hanif Auto Services dan Desa Milenia Sdn Bhd. Selain dari acara menandatangani perjanjian persefahaman, terdapat juga acara mewarna bagi kanak- kanak yang dijemput, pameran hasil kerja pelajar dari setiap jurusan dan juga kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan yang menyediakan perkhidmatan bagi hadirin yang hadir.

Majlis yang berakhir dengan majlis makan tengah hari di bangunan Jabatan Hospitaliti berlangsung dengan jayanya.

PB1

BACHOK, 02 Oktober 2016 - Pada 30 September dan 01 Oktober 2016, Institut Kemahiran Tinggi  Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN) telah menganjurkan Kejohanan Liga Paintball Peringkat IKTBN Bachok di Gelanggang Paintball Politeknik Kota Bharu.

Seramai 50 orang pelajar IKTBN Bachok dan 8 orang pegawai dari Unit Hal Ehwal pelajar  IKTBN Bachok turut menyertai kejohanan tersebut. Objektif kejohanan dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar IKTBN Bachok berkenaan sukan ekstrem di samping dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

Sebelum kejohanan, para peserta diberikan taklimat berkenaan dengan cara bermain dan undang - undang permainan dan seterusnya sesi percubaan dijalankan. Kejohanan tersebut dipantau oleh pengadil- pengadil yang bertauliah yang juga merupakan para pelajar Politeknik Kota Bharu. Di akhir kejohanan, majlis perasmian penutup disempurnakan oleh wakil JBSN Kelantan, En. Azimin Bin Ismail dengan gimik tembakan.

Tuesday, 30 August 2016 18:13

Selamat Melawat IKTBN BACHOK

Written by

SMIKTBNB

Bachok, 29 Ogos 2016 - IKTBN Bachok telah menerima Lawatan sambil belajar dari SMK Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan pada 28 Ogos 2016 yang disertai seramai 37 orang pelajar serta 03 orang Guru Pengiring. Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok.


Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang IKBN/IKTBN dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut. Pihak IKTBN juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke IKTBN Bachok pada masa akan datang.

RUU

Bachok, 29 Ogos 2016-   Pada 25 Ogos 2016, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menerima kunjungan daripada Institut Kajian Strategi Islam Malaysia(IKSIM) yang menganjurkan Seminar Transformasi Pemikiran Islam.

Seminar yang turut menerapkan mengenai pindaan Rang Undang- undang 355 bertujuan memberi pendedahan kepada seluruh warga IKTBN Bachok mengenai pindaan tersebut dan impak yang positif kepada seluruh umat Islam. Seminar yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh seluruh warga IKTBN Bachok dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan.

RUU2

BMPP

Bachok, 21 Ogos 2016 - “Jika kamu mahu ingin melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali. R.A.

Pada 16 Ogos 2016, Muhammad Aidie Adha Hamzah, Azlansyah Najaruddin dan Sabreena Es Samasu yang merupakan pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menghadiri Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Negeri Kelantan anjuran Kolej Teknologi Darul Naim bersempena dengan majlis konvokesyen kolej tersebut.

Persidangan yang turut melibatkan mahasiswa dari beberapa buah institut pengajian tinggi dan persatuan di sekitar Negeri Kelantan seperti Persatuan Haluan Siswa, Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu dan juga Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli bermula pada jam 8.00 malam. Persidangan yang bertemakan “Mencari Penyelesaian Sehingga Noktah” mengajak para mahasiswa dan mahasiswi untuk berkongsi idea mengenai 3 faktor utama dalam pembangunan sesebuah negara iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, persidangan ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan mahasiswa di samping menjadi platform untuk melatih para mahasiswa dalam meningkatkan jati diri. Menurut Muhammad Aidie Adha, peserta persidangan “ Program yang berunsurkan perbincangan dan pembentangan ini mampu meningkatkan pengetahuan dengan lebih mendalam mengenai pembangunan sesebuah negara di samping menyemai semangat cinta akan negara dalam diri setiap mahasiswa.”

Persidangan Kepimpinan tersebut berakhir  pada jam 11.00 malam dengan upacara penyampaian sijil penyertaan dan juga sesi bergambar.

Thursday, 25 August 2016 19:46

IKTBN BACHOK PILIH GAYA HIDUP SIHAT

Written by

 

P8

BACHOK, 21 OGOS - “Otak yang sihat datangnya dari tubuh badan yang sihat.”  Perumpamaan yang seiring dengan gaya hidup sihat yang dipilih oleh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok.

Di Dewan Serba guna IKTBN Bachok, telah berlangsungnya perhimpunan bulanan untuk bulan Ogos yang telah dianjurkan oleh Jabatan Hospitaliti. Tema bagi perhimpunan kali ini diterapkan dengan unsur- unsur kemerdekaan memandangkan  negara kita bakal menyambut kemerdekaan yang kali ke- 59 pada bulan ini. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti yang telah berlangsung, sambutan hari lahir, dan penyampaian hadiah bilik terbersih.

Sejurus selesai perhimpunan, sesi senaman aerobik dijalankan dengan dikendalikan oleh jurulatih aerobik jemputan. Aktiviti yang disertai oleh kakitangan termasuklah pengarah IKTBN Bachok, En. Ab. Rashid bin Hj. Deraman dan juga semua pelajar IKTBN Bachok menjadi meriah dengan muzik rancak yang dimainkan. Bagi pengarah IKTBN Bachok, aktiviti aerobik seperti ini mampu mengeratkan kemesraan yang lebih utuh bukan sahaja dalam kalangan kakitangan malah di antara pelajar dengan kakitangan.

Page 15 of 16