Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

2 Disember 2020, IKBN Peretak : Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermulai dari 14 Oktober hingga 6 Disember 2020 tidak menjejaskan Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk melaksanakan pemilihan MPP yang pada asalnya perancangan untuk mengadakan Pilihanraya MPP pada awal Oktober. Oleh yang demikian, pihak HEP telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pemilihan melalui temuduga secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet.

 

1 Disember 2020, IKBN Peretak – Sebanyak 3,000 ekor benih ikan Tilapia Merah telah dilepaskan ke dalam kolam buatan IKBN Peretak bersempena program Kebuniti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Peretak (Penternakan Ikan Tilapia) pada petang tadi.

 

30 November 2020 - Isnin, IKBN Peretak, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama pelajar Inkubator IKBN Peretak telah melaksanakan Program Kembara Impak ILKBS@Komuniti Peringkat IKBN Peretak dengan membuat agihan sumbangan produk IKBN dan juga barangan keperluan asas kepada dua (2) buah rumah iaitu Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Kampung Melayu, Batu 16 dan Rumah Titian Baiti Al-Jannah, Jalan Saujana Rawang dengan di hadiri seramai 8 orang pegawai IKBN Peretak.

Wednesday, 18 November 2020 17:27

SIMPOSIUM KEMAHIRAN ILKBS 2020 (SKIL'20)

 

"Apabila ilmu kemahiran dan keusahawanan disinergikan.’

 

”TVETpreneur Penjana Ekonomi Belia.”

Kuala Kubu Bharu, 09 November 2020 (Isnin) - Sesi penilaian dan semakan dokumentasi oleh ahli Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah diadakan secara maya atau atas talian. Ahli Panel Penilai terdiri daripada  seorang pegawai JPK selaku Pengerusi Panel bersama-sama 4  orang Panel Industri yang telah dilantik oleh pihak JPK untuk membuat pemeriksaan dokumentasi dan fasiliti kemudahan, Pengajaran dan Pembelajaran yang disediakan oleh Institut bagi permohonan pentauliahan dua bidang program latihan Kemahiran yang ditawarkan oleh Institut iaitu bidang Perkhidmatan Estetik (MP-060-2:2013) untuk pembaharuan program yang akan tamat tempoh dan Penambahan Program bagi bidang Penyeliaan Operasi Makanan & Minuman (I561-002-3:2018) kerana pertukaran kepada NOSS baharu menggantikan NOSS lama HT-010-3:2012.

IKBN Peretak, 30 Oktober 2020 – Pelaksanaan Program Akaun Tabung Amanah telah dilaksanakan pada 23 Mac 2020 sehingga 30 September 2020. Jabatan Pengajian Umum telah berjaya menjual sebanyak 100 keping “Greeting Card Dedication” dengan jualan RM 2.00 sekeping untuk dijual kepada warga IKBN Peretak serta sekitar Kuala Kubu Bharu. Penghantaran “Greeting Card Dedication” juga telah diedarkan lewat kepada pembeli daripada tempoh yang diberikan disebabkan kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun demikian JPU masih mengekalkan SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan. Segala tenaga, usaha dan kreativiti dalam perlaksanaan “Greeting Card Dedication”    telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Umum (Pn. Gokillavhani, Pn.Rohaya, Pn. Asyikin dan En.Hardev).

Disediakan oleh: Jabatan Pengajian Umum

2 Oktober 2020 (Jumaat) - Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) IKBN Peretak telah mengadakan lawatan pemantauan peserta Latihan Sangkutan Industri (LSI) di Melaka pada hari ini.

 

1 Oktober 2020 (Khamis) - Bertempat di UITM Dungun,Terengganu telah diadakan Kursus Pembangunan Kepakaran dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET :- Transformed and Modernize Training Skill for Cooking Management selama 6 hari bermula 26 September  sehingga 1 Oktober 2020.

Wednesday, 30 September 2020 10:19

KURSUS MY SKILL FOR YOU FROZEN MALAY KUIH

29 September 2020 (Selasa) - IKBN Peretak, Jabatan Hospitaliti telah melaksanakan Kursus My Skill For You Frozen Malay Kuih selama satu (1) hari iaitu pada 29 September 2020 bertempat di Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus ini merupakan salah satu program Corporate Social Responsibility (CSR) Jabatan Hospitaliti bagi tahun 2020.

28 September 2020 (Isnin) - IKBN Peretak, Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Peretak telah mengadakan Pertandingan Waste Worth It. Pertandingan Merekacipta ‘Casing Hand Sanitizer Secara Kreatif Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Terbuang‘ telah diadakan pada 7 September 2020 hingga 25 September 2020.

Page 1 of 37