Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Tuesday, 01 September 2020 15:44

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN OGOS

28 Ogos 2020 (Jumaat) - IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu Jabatan Personal, Jabatan Hospitaliti dan Jabatan Tekstil telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2020 yang bertemakan Hari Kemerdekaan bertempat di Auditoruim, IKBN Peretak. Majlis dirasmikan pleh Pengarah IKBN Peretak iaitu Puan Normahsyuri binti Md Shariff dengan menyampaikan amanat sepanjang  PKP.  Selain itu, antara pengisian perhimpunan bulanan kali ini ialah memperkenalkan pegawai baru, penyampaian sijil kepada peserta pertandingan World Skill Malaysia Pengajar (WSMP) 2019, penyampaian sijil kepada pemenang pertandingan Waste is Amaze, penyampaian sijil kepada pengajar yang terlibat dalam penghasilan Personal Protection Equipment (PPE), tayangan video aktiviti sepanjang bulan Mac sehingga Ogos, dan penyampaian cenderahati kepada pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan Mac hingga Ogos. IKBN Peretak  mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan yang ke 63, Malaysia Prihatin.

Disediakan oleh : En. Nurkhairul Ikhwan Bin Amran

Tuesday, 01 September 2020 15:42

KURSUS KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS- JKKI

27 Ogos 2020 - Kursus Keselamatan dan Pertolongan Cemas bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 hingga 27 Ogos 2020. Pada 26 Ogos kursus diadakan di Auditorium, IKBN Peretak dan pada 27 Ogos pula kursus diadakan di Akademi Bomba dan Balai Bomba, Kuala Kubu Bharu. Kursus ini melibatkan seramai 34 orang ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Institut (JKKI) serta 4 orang pegawai bomba. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai aspek tindakan keselamatan dan kecemasan kepada ahli JKKI yang baru ditubuhkan. Selain itu, memberi persediaan serta langkah kesiapsiagaan kepada ahli pasukan Emergency Response Team (ERT) dan Fire Team JKKI. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti pengungsian bangunan, teknik asas menyelamat, simulasi bilik gelap, teknik penggunaan hos dan simulasi pengendalian alat pemadam api.

Disediakan oleh: Cik Nur Syuhada Binti Ramli

IKTBN Bachok - Kursus Transform Skill Trainer For Marking Scheme telah diadakan pada 23 hingga 26 Ogos 2020 selama 4 hari bertempat di IKTBN Bachok, Kelantan. Kursus ini melibatkan 12 orang pengajar dari Jurusan Penyajian dari setiap IKBN. Objektif kursus ini adalah untuk membantu jurulatih mengetahui penilaian skema permarkahan di dalam pertandingan dalam membantu peserta WSMB agar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dikehendaki mengikut skema permarkahan pertandingan.  Selain itu, peserta WSMB juga dapat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam pertandingan serta jurulatih dan peserta WSMB juga boleh mentafsir dan memahami kepelbagaian keperluan soalan pertandingan. IKBN Peretak diwakili oleh Pn Shulieyani Bt Yahya dan Pn Anith Mastura Bt Mashor dari Bidang Penyajian, Jabatan Hospitaliti.

Disediakan Oleh : Pn. Shulieyani Binti Yahya

25 Ogos 2020, MARDI Cameron Highland Pahang - Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah menganjurkan Bengkel Penggubalan, Pemurnian dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS Siri 2 Tahun 2020 Bersama Jawatankuasa Panel Teknikal (TAC) bagi 4 Bidang iaitu Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Terapi Kecantikan), Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut), Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Roti), Diploma Teknologi Fesyen dan Subjek Umum Seni Kraf & Fesyen. Bengkel ini telah diadakan pada 23 - 25 Ogos 2020 dengan dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Peretak iaitu Pn. Normahsyuri Binti Shariff dan dipantau oleh Wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran KBS.

19th August 2020 (IKBN Peretak) – Department of General Studies has designed a Microsoft Excel-2013 (Intermediate Level) Online Course by using Google Classroom platform as blended learning approach at their own pace.  This course expertise by an ICT teacher aimed at developing the ICT skills as well as improving the capacity of ILKBS Staffs so that they could use ICT skills in their working place. The goal of this online course was to enable the ILKBS Staffs to be sufficiently prepared, confident and competent in the usage of Microsoft Excel 2013 at workplace.

 

IKBN Peretak, 19 Ogos 2020 (Rabu) – Jurusan Pastri telah mengadakan in house training iaitu Advance Cake Decoration, Specialist Icing Embroidery and Sugar Lace Decoration pada 19 Ogos 2020 bertempat di Bengkel Paradise, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus pada 19 Ogos 2020 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan telah dihadiri oleh 10 orang pengajar Jabatan Hospitaliti dari pelbagai bidang. Kursus ini dikendalikan oleh semua pengajar Bidang Pastri iaitu En Fairuz, Pn Maraini, Pn Nurul Hazwani dan Pn Azaenn. Peserta telah diajar mengenai teknik covering cake menggunakan fondant, penggunaan royal icing untuk membuat smocking pada kek, teknik one stroke painting bagi menghasilkan bunga dan teknik pressure piping menggunakan royal icing. Semoga dengan perkongsian ilmu ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap kecekapan pengajar-pengajar bidang hospitaliti ini disamping dapat memberi idea untuk menjana kreativiti terutama dalam merekabentuk hiasan kek.

Disediakan oleh: Puan Maraini Binti Mat Isa

19 Ogos 2020 (Rabu) –Jabatan Personal, Bahagian Perekaan Gaya Rambut, IKBN Peretak bersama IKBN Kemasik selaku  Penyelaras kursus telah menganjurkan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) 2020 Hair Salon Management & Administration. Kursus ini berlangsung selama 5 hari bermula 15 hingga 19 Ogos 2020 bertempat di E3 Salon, Kuala Lumpur.  Kursus ini melibatkan 2 ILKBS yang mana hanya 4 perserta iaitu IKBN Peretak (2 peserta) dan IKBN Kemasik (2 peserta). Kursus ini mengfokuskan kepada pengenalan pengurusan salun, pengurusan sumber kewangan, pengurusan kewangan, perancangan & dokumentasi pemasaran (Business plan) dan promosi & pengiklanan. Kursus seperti ini sangat membantu pengajar - pengajar dalam meningkatkan kompetensi pengajar-pengajar ILKBS ke tahap seterusnya.

Disediakan oleh: Puan Janefer Farida Binti Baharuddin

IKBN Peretak, 18 Ogos 2020 (Selasa) – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Institut (JKKI) telah menganjurkan Bengkel Jawatankuasa JKKI kepada semua ahli JKKI IKBN Peretak. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli jawatankuasa dalam melaksanakan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa JKKI.

IKBN PERETAK, 14 Ogos 2020 – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Bengkel Pembentangan Pelan Strategik dan Anggaran Belanja Mengurus 2021 IKBN Peretak bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak.

13 Ogos 2020 (Khamis) – Pengajar-pengajar dari Jabatan Hospitaliti, Jurusan Penyediaan Makanan IKBN/IKTBN seluruh Malaysia telah menghadiri Kursus Advanced Menu Engineering For Food Production And Marketing bagi Program Pembangunan Kemahiran (PPK) yang bertempat di MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi selama 5 hari bermula 9 hingga 13  Ogos 2020. Penyelaras bagi kursus adalah dari IKTBN Alor Gajah. Kursus ini melibatkan 6 ILKBS iaitu IKBN Peretak (2 peserta), IKTBN Alor Gajah (3 peserta), IKTBN Bachok (2 peserta), IKBN Kemasik (1 peserta), IKBN Bandar Penawar (2 peserta) dan IKBN Miri (2 peserta). Kursus seperti ini sangat membantu pengajar - pengajar dalam meningkatkan kompetensi pengajar-pengajar ILKBS ke tahap seterusnya.

Disediakan oleh: Puan Norazilah Binti Abdul Rahman

Page 3 of 37