Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Kuala Kubu Bharu, 05 Jun 2020 (Jumaat) - IKBN Peretak telah melaksanakan Bengkel Penambahbaikan Bahan Pengajaran Bertulis Siri 1 Tahun 2020 bermula pada 01 Jun hingga 05 Jun 2020 melibatkan tenaga pengajar bagi program-program Kursus yang ditawarkan oleh IKBN Peretak.

IKBN Peretak, 5 Jun 2020 (Jumaat) – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 secara tertutup di Billik Mesyuarat Utama, IKBN Peretak bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan dan jasa bakti terhadap komitmen dan dedikasi sepanjang tahun 2019.

18 Mei 2020 (Isnin), Kuala Kubu Bharu. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, agensi di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi menyumbang tenaga dan kepakaran dalam bidang tekstil dan jahitan dalam menjahit Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) untuk warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang Virus Covid – 19 yang melanda negara ini.

Jom dapatkan resipi daripada pengajar - pengajar Bahagian Penyediaan Pastri & Roti, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak melalui Majalah Rasa terbitan Mei 2020 secara atas talian. Muat turun aplikasi eMall di google Play atau Apps store sekarang.

Sumber : Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak

 

Kuala Kubu Bharu, 24 April 2020 (Jumaat) - Orang ramai adalah diwajibkan Pemakaian topeng muka (Face Mask) untuk menangani penularan virus Covid - 19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan bermula 18 Mac 2020. Lanjutan daripada arahan tersebut, majlis penyerahan topeng muka sumbangan Kerajaan Malaysia kepada kakitangan dan Penghuni kuarters IKBN Peretak serta pekerja-pekerja 'essential' iaitu pekerja kawalan Keselamatan dan  Penyelengaraan  telah dilakukan pada 11.30 pagi tadi di IKBN Peretak.

23 April 2020, IKBN Peretak ; Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah melaksanakan Program Sukarelawan Belia Membantu Kumpulan Terjejas Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19. Penyerahan sumbangan itu tadi telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak kepada 8 orang pegawai dan kakitangan IKBN Peretak. Pihak Institut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumantarian), Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan (MYSO), Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPBSSM) dan Kementerian Belia dan Sukan.

 

HULU SELANGOR: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghasilkan pakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk petugas kesihatan barisan hadapan di Hulu Selangor.

 

IKBN Peretak ,22 April 2020 (Rabu) – Sebanyak 600 ‘Isolation Gown’ dan 50 pelindung kepala (hood cover) telah diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor. Serahan dilakukan oleh Pn. Normahsyuri binti Md. Shariff, Pengarah IKBN Peretak kepada Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor iaitu Dr Siti Rohana binti Saad.

IKBN Peretak, 13hb Mac 2020 (Jumaat) – Jabatan Personal telah mengadakan Latihan Intensif Pertandingan WSMB bagi bidang beauty therapy pada 9hb sehingga 13hb Mac 2020 di Bengkel Lavender, Jabatan Personal, IKBN Peretak sebagai persediaan latihan yang lengkap bagi menghadapi Pertandingan WSMB Peringkat Pra-Kelayakan bagi tahun 2020 yang akan berlangsung pada 25hb sehingga 26hb Mac 2020 di IKBN Kemasik, Terengganu.

IKBN Peretak, 10hb Mac 2020 (Selasa) – Jabatan Personal telah mengadakan Latihan Intensif Pertandingan WSMB bagi bidang Hairdressing pada 6hb sehingga 10hb Mac 2020 di Avant Garde Studio, Jabatan Personal, IKBN Peretak sebagai persediaan latihan yang lengkap bagi menghadapi Pertandingan WSMB Peringkat Pra-Kelayakan bagi tahun 2020 yang akan berlangsung pada 25hb sehingga 26hb Mac 2020 di IKBN Kemasik, Terengganu.

Page 6 of 37