Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

13 Mac 2020 (Jumaat) - Kursus Wajib Tenaga Pengajar Program Latihan Pengendalian Makanan (LPM) Sesi 1/2020 telah berlangsung di Hotel Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur selama 4 hari bermula pada 10 hingga 13 Mac 2020.

IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu. 09 Mac 2020 (Isnin) – Panel Penilaian Pengurusan Latihan Terbaik (PLT) 2020 telah mengadakan lawatan Penilaian PLT hari ini ke IKBN Peretak. Ahli Panel Penilaian seramai 6 orang diketuai oleh Tn Hj Zahari Bin Jusoh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, ILP Kuala Lumpur dan diiringi oleh ahli-ahli Panel lain iaitu:

  1. Hasnor bin Abd Hamid, Setiauasaha Bahagian Khidmat Pengurusan, KBS.
  2. Hj Eddy Shahrani bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, BPKB, KBS.
  3. Hj Mohd Sukri bin Hussain, Penolong Pegawai Latihan Kanan, Cawangan Perancangan Pembangunan dan Penyelenggaraan, KBS.
  4. Muhamad Khairi bin Abdul Aziz, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Maklumat, KBS.
  5. Rusilawati binti Ibrahim, Penolong Juruaudit, Unit Audit Dalam, KBS.

 

IKBN Peretak, 09 Mac 2020 - Lawatan dan pengauditan Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) & Pengurusan Latihan ILKBS Terbaik (PLT) sedang berlangsung pada 9 Mac 2020 di IKBN Peretak. Penilaian bertumpu kepada pengurusan pembelajaran dan pengajaran, KPI Institut, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan pentadbiran, pengurusan keselamatan perlindungan, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi. Semoga IKBN Peretak menjadi yang cemerlang.

5hb Mac 2020, Khamis - Cawangan Hubungan Industri (CHI), IKBN Peretak telah memenuhi 3 jemputan dari sekolah di sekitar Daerah Hulu Selangor bagi membuat hebahan, promosi dan pameran. Jemputan berkenaan adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali.


IKBN PERETAK, 28 Februari 2020 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Peretak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Januari dan Februari 2020 bertempat di Auditorium IKBN Peretak.

26 Februari 2020 (Rabu), IKBN Peretak – Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan IKBN Peretak bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Siti Muhariah binti Untong telah menghadiri Program Kepenggunaan Jalinan Kasih Bersama Wanita Daerah Hulu Selangor yang diadakan di Auditorium IKBN Peretak. Program ini juga turut disertai oleh Pegawai dan Kakitangan dari Agensi Kerajaan Daerah Hulu Selangor. Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kuala Kubu Bharu dengan kerjasama Gerakan Pengguna Daerah Hulu Selangor.

Wednesday, 26 February 2020 17:31

LAWATAN KE PAMERAN KRAFT

 

26 Februari 2020 (Rabu), Kuala Lumpur – Seramai 11 orang pelajar, 5 orang pengajar dan Ketua Jabatan Tekstil bersama Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri bt. Md. Shariff telah menghadiri Pameran Kraf di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur. 

Monday, 24 February 2020 17:00

BENGKEL BETA TEST MODUL LOCAL CHAMPIONS

22 Februari 2020 (Sabtu), IKBN Peretak – Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kelas telah mengikuti Bengkel Beta Test Modul Local Champions yang di kendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menyediakan local champions Belia B40 ke arah TN50 yang mana dapat membentuk local champions luar bandar yang tersusun, memberi pengupayaan yang tinggi, boleh diterima pakai dan sesuai dengan kehendak tempatan. Di harapkan semua pelajar yang terlibat dapat menerima anjakan paradigma dan menyerlahkan potensi diri bagi membentuk diri ke arah yang positif dan sahsiah yang baik.

Disediakan oleh: Puan Azini Binti Ismail

Monday, 24 February 2020 10:09

PROGRAM DISKUSI FIQH WANITA - THAHARAH

22 Februari 2020 (Sabtu), IKBN Peretak - Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar telah menganjurkan Program Diskusi Fiqh Wanita yang bertajuk “Thaharah” bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak. Pengisian dan kaedah program ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah, Latihan dalam kumpulan (LDK), praktikal bacaan dan sesi soal jawab. Penceramah, Ustazah Azyan Syazwani Binti Ahmad Adri dan fasilitator daripada Darul Quran, JAKIM telah di jemput khas untuk perkongsian ilmu ini. Penyertaan pelajar seramai 100 orang yang terdiri daripada pelbagai jurusan dan juga beberapa orang pegawai IKBN Peretak turut serta dalam majlis ilmu ini. En. Shahdan Bin Zainal selaku Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak turut sama hadir dan telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda kenangan.

 

Disediakan oleh: Puan Nur Salmah Binti Hanafe

 

 

 

IKBN Peretak, 20th February 2020 – Department of General Studies has hosted the ‘Basic English Communication Skills for IKBN Staffs’. This program took place at Lecture Room 3 and Computer Lab 2. A total of 23 participants involved in this program, they are from the Department Student Affairs, Hospitality Department, Textiles Department, Personal Department and the Department of Management and Financial. The main objective of this program is to motivate and build self-confidence among the IKBN Peretak staffs to communicate in English language as well as to support the English Empowerment Initiative 20:50 programs. The closing ceremony was honored by The Director of National Youth Skills Institute of Peretak, Madam Normahsyuri Binti Md. Shariff, accompanied by the Deputy Director of Skills and Training Division, Madam Siti Muhariah Binti Untong; to hand over the certificates of participation to the participants, as well as the prizes to the winners.

Prepared by: Madam Rohaya Binti Mamat

Edited by: Madam Gokillavhani A/P Sathiaseelan

 

 

 

Page 7 of 37