Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

i work

11TH February 2020 – Two Officers from National Youth Skills Institute of Peretak, Mr. Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh and Mr. Shahdan Bin Zainal have attended as a participant for I-Work National Forum with the theme of “Improving Work Opportunities for Young People in the Commonwealth (I-WORK)” at DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, hosted by British Council Malaysia. Welcome Remarks was by Sarah Deverall, Director Malaysia, British Council and Opening Remarks by YB Steven Sim Chee Keong, Deputy Minister of Youth and Sports Malaysia.

YATIM

4 Februari 2020, (Selasa) - IKBN Peretak telah menerima lawatan dari Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM) sempena Program Opening Young Eyes (OYEs!). Peserta lawatan terdiri daripada 40 orang pelajar dikalangan pelajar tingkatan 4 dan 5 dari SMK sekitar Hulu Selangor, 10 orang guru pengiring dan juga 2 pegawai dari YATIM sendiri.

ulu yam

2 Februari 2020 (Ahad), Ulu Yam – Seramai 23 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar-pelajar IKBN Peretak telah mengikuti program gotong-royong mengecat dan mencantikkan balairaya MPKK Kg. Pasir, Ulu Yam Bharu bagi Komponen Khidmat Masyarakat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi tahun 2020.

Friday, 31 January 2020 18:08

'ORAL ASSESSMENT FOR IKBN PERETAK TRAINERS'

oral1

31 Januari 2020, IKBN Peretak – Pada 30 - 31 Januari 2020, Jabatan Pengajian Umum telah mengadakan 'Oral Assessment for IKBN Peretak Trainers' yang mana melibatkan seramai 12 orang pengajar Jabatan Tekstil, 5 orang pengajar Jabatan Personal dan 13 orang pengajar Jabatan Hospitaliti untuk ditemuduga oleh Mr. Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh, Mdm. Gokillavhani A/P Sathiaseelan, Mdm. Rohaya Binti Mamat dan Mdm. Nurul Asyikin Binti Azhar. Tujuan dan objektif 'Oral Assessment for Trainers' dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan penyampaian Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan dibengkel bersama pelajar serta menilai tahap kemahiran komunikasi pengajar tersebut.

Disediakan oleh : Cik Nur Syuhada Binti Ramli

MKKK1

IKBN PERETAK: Jumaat, 24 Januari 2020 – Program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Sesi 1/2020, anjuran Bahagian Pengurusan Latihan, IKBN Peretak telah diadakan pada 21 hingga 23 Januari 2020.

unirazak

17 Januari 2020 (Jumaat). Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) bagi mempromosi program kemasukkan peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) untuk graduan program TVET.

MIPAR

15 Januari 2020 (Rabu) – IKBN Peretak, Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah melaksanakan Minggu Paradigma Pelajar (MIPAR) bermula 6 hingga 11 Januari 2020. Pelajar baru yang melapor diri adalah seramai 105 orang dan MIPAR ini juga dibantu oleh 25 orang fasilitator dikalangan pelajar dan pegawai IKBN Peretak.

kubur

11 Januari 2020 (Sabtu) - Komponen Khidmat Masyarakat telah berjaya di laksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Bertam, Batang Kali pada hari Sabtu,11 Januari 2020.

Kehadiran pelajar baru sesi 1/2020 serta pegawai seramai 125 orang telah bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan tersebut dari jam 7.30 pagi. Di antara aktiviti sukarela yang di jalankan adalah mengemas dalam dan luar Masjid As Sajidin, mengumpul ranting dan dahan-dahan reput, membersih kepuk dan menyapu daun-daun kering di sekitar kawasan tersebut.

Turut hadir membantu dalam gotong royong ini adalah Jawatankuasa Masjid dimana telah menyumbangkan minum pagi kepada para pelajar IKBN Peretak dan komuniti setempat yang terlibat.

Program ini merupakan slot terakhir di dalam Program Minggu Paradigma Sesi 1/2020 IKBN Peretak dengan harapan pelajar dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan aktiviti kerja sukarela pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Puan Azini Binti Ismail

Friday, 10 January 2020 17:40

PROGRAM JEJAK BUKIT BATU PAHAT

batu pahat

9 Januari 2020 (Khamis) - Institut Kemahiran Belia Negara Peretak (IKBNPT) telah mengadakan Program Jejak Bukit Batu Pahat melibatkan semua staf dan kakitangan IKBNPT seramai 78 orang bersama - sama pelajar baru sesi Januari 2020 seramai 104 orang.

daftar

IKBN Peretak, 6 Januari 2020 (Isnin) – Hari Pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru Sesi 1/2020 ILKBS telah diadakan pada 6 Januari 2020 (Isnin). Sebanyak 6 bidang SKM dan 1 Bidang Diploma telah ditawarkan oleh IKBN Peretak pada Sesi 1/2020 ini iaitu bagi bidang:


1. Sijil Lanjutan Teknologi Terapi Kecantikan
2. Sijil Lanjutan Teknologi Perekaan Gaya Rambut
3. Sijil Lanjutan Teknologi Penyediaan Roti
4. Sijil Lanjutan Teknologi Penyediaan Pastri
5. Sijil Lanjutan Teknologi Penyajian Makanan & Minuman
6. Sijil Lanjutan Teknologi Jahitan Pakaian Wanita
7. Diploma Rekaan Fesyen

Pada tegaharinya telah diadakan sesi taklimat kepada ibu-bapa/penjaga pelajar baru oleh Pengarah IKBN Peretak sempena Pendaftaran pelajar baru Sesi pengambilan Januari, 2020.

Selamat datang kepada semua pelajar baru ke IKBN Peretak bagi Sesi 1/2020. Semoga cita-citamu akan tercapai.

Page 8 of 37