Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

maulidurrasul

22hb November 2019 - Jumaat, IKBN Peretak – Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat IKBN Peretak Tahun 1441H/2019M dengan tema “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”, telah berjaya dilaksanakan pada 25 Rabiulawal 1441H bersamaan 22 November 2019 (Jumaat) bermula dengan acara perarakan pada jam 8.10 pagi. Perarakan yang diketuai oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff dengan diiringi selawat ke atas nabi dan dihiasi dengan sepanduk yang direka oleh pelajar-pelajar mengikut jurusan.

kerjaya

21hb November 2019 (Khamis), Kuala Lumpur – Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKBN Peretak, telah menyertai pameran dan promosi institut sempena Program Hari Kerjaya & Pendidikan Lanjutan Program Ikon Remaja peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur.

meja bulat

19 November 2019 (Selasa) - Seramai 4 Pegawai IKBN Peretak iaitu En. Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh, Pn. Azini Binti Ismail, Pn. Azaenn Binti Mohd Aziz Dan Pn. Nur Salmah Binti Hanafe telah menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia “Pemerkasaan Wanita Dalam Sukan Di Malaysia” yang telah berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Monday, 18 November 2019 17:41

ALAM FLORA CITY HUNT 2019

alam

17 November 2019 (Ahad), bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berlangsungnya Alam Flora City Hunt 2019. Seramai 62 orang atau 16 kumpulan pelajar dari Bidang Jahitan Pakaian Wanita dan Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah terlibat menyertai pertandingan yang dipertandingkan pada hari tersebut. Pertandingan ini memerlukan peserta melibatkan diri di dalam aktiviti 'explore race' disamping menghasilkan aksesori serta pakaian yang bersumberkan daripada bahan-bahan kitar semula. Pelajar daripada Bidang Jahitan Pakaian Wanita telah memenangi Kategori Best Sosial Media bagi rekaan yang telah dihasilkan serta memenangi Top 25 bagi acara 'explore race'. Penglibatan seumpama ini amat penting di dalam melatih pelajar menghasilkan rekaan-rekaan berasaskan bahan-bahan kitar semula disamping aktiviti sukan berkumpulan. Pelajar diiringi oleh 2 orang pegawai pengiring iaitu Puan Zainab Binti Majid dan Cik Marliana Binti Abdullah.

Disediakan oleh: Puan Norfarizan Binti Jawahir

Monday, 18 November 2019 17:39

KURSUS SOLEKAN KHAS MOVIE INSPIRED

mekup

16 November 2019 (Sabtu), IKBN Peretak – Kursus Solekan khas Movie Inspired telah diadakan pada 16 November 2019 di Jabatan Personal, IKBN Peretak. Kursus ini telah dihadiri oleh 6 orang tenaga pengajar dari Jabatan Personal, IKBN Peretak sendiri. Penceramah pada hari ini adalah Pn Nur Zahierha Atierah Bt Kamarudin yang sangat berpengalaman dalam makeup effect (SFX) bagi movie characters. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran seni dan kreativiti solekan khas dalam perwatakkan filem serta dapat menimba lebih banyak ilmu tentang kesan khas solekan.

Disediakan oleh :Pn Janefer Farida Bt Baharuddin

 

Bens

12 Nov 2019 (Selasa), Bangsar - Majlis penutup dan penyampaian sijil Program Bootcamp IKBNPT 2019 - Bens Kitchen Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya.

ARPRM

10 November 2019 (Ahad), Rawang – Seramai 62 orang pegawai dan pelajar telah hadir ke Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Rawang, Selangor bagi melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat di bawah Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) IKBN Peretak. Antara aktiviti yang telah di laksanakan ialah mengemas serta membersih kawasan luar dan dalam asrama, melipat pakaian, memotong serta membersih kuku penghuni, mengedar roti dan memasak makanan tengahari. Program ini di laksanakan kepada pelajar bagi melayakkan mereka untuk menerima pingat perak dalam Program APRM nanti. En. Shahdan bin Zainal, selaku Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, turut hadir bagi penyampaian cenderahati kepada Pusat Jagaan Titian OKU Nur.

Disediakan oleh: Puan Azini Binti Ismail

Thursday, 07 November 2019 17:21

SYARIAH DI HATI

syariah

7 November 2019 (Khamis), IKBN Peretak – Satu program telah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Islam (PAID) Hulu Selangor di Dewan DAHA, IKBN Peretak. Program yang diberi tajuk Syariah Di Hati menyentuh dan memberi pendedahan berkaitan Enakmen-enakmen Jenayah Syariah di Selangor kepada pegawai dan pelajar IKBN Peretak. Penceramah memberi pendedahan secara ceramah, aktiviti dan soal jawab bagi menarik minat para peserta. Program ini ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada pihak PAID Hulu Selangor yang disampaikan oleh Encik Shahdan Bin Zainal, selaku Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKBN Peretak.

Disediakan oleh : Puan Nur Salmah Binti Hanafe

PSH

7 November 2019, Khamis: Putrajaya – Satu Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional Tahun 2019 telah berlangsung di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya dengan tema "Memupuk Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat: Ke Arah Kesejahteraan Rakyat” anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. IKBN Peretak telah dijemput untuk menyertai Pameran Kerjaya sepanjang persidangan itu berlangsung dengan membuat Promosi Akaun Amanah Latihan Khas ILKBS, boothcamp, SLDN serta demostrasi Henna. Program ini adalah salah satu usaha membudayakan dan mempromosikan program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mana ILKBS adalah salah satu agensi dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang melaksanakannya.

Disediakan oleh : Puan Fazila Binti Ramli

prostar

3 November 2019, IKBN Peretak – Program Latihan PRS PROSTAR IPT 2019 peringkat daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor telah diadakan dengan kerjasama IKBN Peretak pada 1 hingga 3 November 2019 bertempat di Dewan DAHA, IKBN Peretak. Program yang dianjurkan selama tiga hari dua malam ini disertai seramai 30 orang pelajar IKBN Peretak dan 4 orang pelajar Darul Quran.

Page 10 of 37