Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

LAWATAN SMKTMY

Bachok, 10 September 2019 - IKTBN Bachok menerima lawatan dari SMK Tan Sri Mohamed Yaacob, Jeli, Kelantan pada hari ini. Lawatan ini disertai oleh 44 orang pelajar dan 04 Guru pengiring.SMK Tan Sri Mohamed Yaacob merupakan Sekolah Menengah yang ke Sepuluh (10) yang telah datang melawat IKTBN Bachok pada tahun 2019.

eco race 2019

Bachok, 10 September 2019 – Seramai 51 orang warga IKTBN Bachok yang terdiri dari 5 orang pegawai dan 46 orang pelajar telah menyertai Larian Patriotik National Eco Race Kelantan 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Eksplorasi Massa Kelantan pada hari Sabtu 07 September 2019.

lwtnsmksgjeli

Bachok, 08 Ogos 2019 - IKTBN Bachok menerima lawatan daari 2 buah Sekolah Menengah dalam 1 hari. Program lawatan ini telah berlangsung pada 07 Ogos 2019 yang melibatkan SMK Sungai Asap, Gua Musang pada sebelah pagi dan SMK Jeli pada sebelah petang. Lawatan dari SMK Jeli adalah lawatan Khas pertama dari pelajar dari orang asli dari suku Jahai.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat dan penerangan pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan.Semoga dengan lawatan yang diadakan akan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS).

Disediakan dan disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

boothcamp12019

Bachok, 10 Julai 2019 – Pada 02 Julai 2019 seramai 29 orang peserta bagi Program Bootcamp – Scaffolding telah mendaftar bagi mengikuti program yang akan dilaksanakan selama sebulan.

pendaftaran2019

Bachok, 10 Julai 2019 - Pada hari Isnin 01 Julai 2019 2019 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menerima Pelajar baru bagi Sesi Julai 2019 seramai 231 orang pelajar.

mou2019

Bachok, 27 Mac 2019 - Bagi menjayakan program “Career Fest” ILKBS Zon Timur yang dijangka akan diadakan pada 03 dan 04 Mei 2019 pihak IKTBN Bachok melalui cawangan hubungan industri telah menghantar 03 orang pegawai bagi membincangkan Mou dengan Syarikat Puncak Mutiara Kafe.

PHIMPUNAN19

Bachok, 25 Mac 2019- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang ke 2 (Dua) bagi tahun 2019. Tuan rumah bagi penganjuran perhimpunan kali ini Jabatan Teknologi Awam dan Automotif.

PKERJAYA19

Bachok, 25 Mac 2019 - IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menyertai 2 Karnival Kerjaya pada 14 Mac 2019 yang dianjurkan oleh pihak Sekolah bagi memberi penerangan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dan juga bakal – bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

jomipt

Bachok, 25 Mac 2019- IKTBN Bachok telah menyertai pameran di Karnival Jom Masuk IPT 2019 – Zon Timur bagi mewakili Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

BAHAARPRM

Bachok 18 Mac 2019 - Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang telah dilaksanakan pada 14 hingga 16 Mac 2019 melibatkan 21 orang pelajar dan 6 orang pegawai pengiring bertempat di Gunong Stong Kuala Krai Kelantan. Program ini merupakan salah satu daripada komponen arprm yang perlu dilaksanakan bagi melayakkan peserta untuk menerima anugerah pada tahap yang disertai.

Page 3 of 21