Pihak auditor Sirim QAS seramai 3 orang telah melaksanakan Audit Pensijilan Stage 2 selama 2 hari pada 26 & 27 Ogos 2019. Pensijilan MS ISO 9001:2015 ini merupakan migrasi daripada MS ISO 9001:2008. Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti IKBN Kemasik ialah Pengurusan pemberian perkhidmatan latihan kemahiran teknikal peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Kejayaan memperolehi pensijilan baharu ini adalah hasil kerjasama serta komitmen tinggi yang diberikan oleh semua warga kerja IKBN Kemasik. Pelaksanaan SPK MS ISO 9001:2015 bukanlah semata-mata untuk tujuan pensijilan, tetapi bagi memastikan tahap perkhidmatan yang berikan warga IKBN Kemasik sentiasa cemerlang. Pengiktirafan yang diperoleh ini menjadi pemangkin kepada warga kerja IKBN Kemasik untuk terus berusaha dan menambahbaik sistem pengurusan kualiti. Semoga kejayaan manis ini dapat dijadikan semangat untuk seluruh warga kerja IKBN Kemasik agar terus komited dalam mempamerkan imej yang baik kepada pelanggan pada masa akan datang. Sekalung tahniah dan penghargaan buat semua warga kerja IKBN Kemasik.
![]() |
![]() |
Gambar oleh
|
: |
Raja Azlan Raja Alias
|
: |
Pen. Peg. Latihan
|