IKBN



KEMASIK

 
Sunday, 22 September 2019 00:00

Pertandingan Polyskills Anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin-PSMZA

Rate this item
(0 votes)

Dungun, 22 September 2019 – Pertandingan Polyskills anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, PSMZA telah diadakan pada 16 - 19 September 2019 dan telah berlangsung dengan jayanya di mana IKBN Kemasik telah diwakili oleh Tengku Muhammad Izzat Tengku Aziz dan Muhamad firdaus Ariffin dari Jurusan Pengemasan.

 

Kedua-dua peserta tersebut bertanding bagi Bidang Floristry dan merupakan peserta WSMB Peringkat Akhir Bidang Floristry yang akan berentap bersama 6 lagi peserta lain pada 19 - 21 Oktober di Ciast, Shah Alam. Pertandingan ini merupakan salah satu platform untuk memberikan pendedahan kepada peserta agar lebih yakin dan kreatif dalam memberikan saingan kepada peserta lain.

Turut hadir sepanjang pertandingan berlangsung adalah Puan Nur Silawati Hasanuddin dan Puan Nor Nadia Syakira Zulkeple dari Jabatan Perhotelan. Mereka merupakan tenaga pengajar yang bertanggungjawab melatih kedua-dua peserta tersebut. Terdapat 8 peserta yang menyertai pertandingan dalam Bidang Floristry yang diwakili oleh 6 orang daripada politeknik dan 2 orang daripada IKBN Kemasik.

Hari pertama pertandingan peserta dikehendaki untuk menyiapkan dress decoration yang bertemakan "Le Fleur" dan masa yang diperuntukkan adalah selama 8 jam. Manakala hari kedua pula peserta dikehendaki menyiapkan tugasan berkaitan "Hand Bouquet" yang menggunakan "hood material" dan masa yang diperuntukkan adalah selama 4 jam. Puan Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah turut hadir semasa pertandingan berkenaan bagi memberikan sokongan moral kepada semua peserta.

Setelah melihat saingan sengit antara semua peserta, para juri sepakat untuk memberikan tugasan tambahan kepada semua peserta iaitu "Table Arrangement" dan masa yang diberikan adalah selama 2 jam. Semua peserta berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga pendedahan ini membantu semua peserta agar lebih yakin dan bersedia menghadapi pertandingan yang sebenar di masa akan datang.

 
 
 
 
Gambar oleh
:
Nur Silawati Hasanuddin
  :
Pegawai Latihan
Read 2221 times Last modified on Thursday, 26 September 2019 13:58