Pertandingan ini telah berlangsung dari 18 - 19 September 2019 bertempat di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Terdapat 4 kluster dipertandingkan iaitu Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengajaran dan Pembelajaran serta Sains Sosial dengan tema Industri Memacu Inovasi. Jabatan Perhotelan mempertaruhkan produk inovasi mereka iaitu Room Sensation Apps (ROSA) bagi kluster Teknologi Kejuruteraan dan telah dianugerahkan Pingat Perak bagi kluster tersebut. Produk ROSA ini telah dibentangkan oleh Pengajar dari Jabatan Perhotelan sendiri iaitu:
1. En. Badrul Hafidz Abdul Rahim
2. Pn. Heryanti Samuri
3. En. Shamsuddin Amin
Jabatan Hospitaliti pula telah mempertaruhkan produk inovasi mereka iaitu Easy Carry Bakeware bagi kluster Pengajaran dan Pembelajaran dan telah dianugerahkan Pingat Perak bagi kluster tersebut. Produk Inovasi Jabatan Hospitaliti ini telah dibentangkan oleh:
1. Pn. Nur Munirah Awang
2. Cik Khairunnisa Ismail
3. Pn. Nur Azlina Che Anuar
Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET (PERISA’19) ini telah menjadi platform dan pengalaman pertama bagi kedua-dua projek inovasi ini dan berharap agar ianya dapat dijadikan satu pengalaman dan pemangkin ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan. Semoga pencapaian ini dapat dikongsikan dan dijadikan sumber inspirasi dalam mencetus kecemerlangan pelajar-pelajar di IKBN Kemasik.
![]() |
Gambar oleh
|
: |
Shamsuddin Amin
|
: |
Pen. Peg. Latihan
|