Kursus Kepimpinan MPP ini yang dianjurkan oleh Bahagian HEP IKBN Kemasik bertujuan membentuk jati diri barisan pimpinan pelajar, meningkatkan keyakinan diri dan mempersiapkan mereka dengan pengurusan organisasi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kraf Perkhemahan & Ikhtiar Hidup. Peserta berkhemah selama 3 hari 2 malam disamping menyediakan sendiri makan malam.
Selain daripada itu, aktiviti berkayak dengan kerjasama Persatuan Kanu Negeri Pahang menguji ketahanan peserta menamatkan ekspedisi kayak sejauh 25KM. Peserta juga didedahkan dengan strategi Komunikasi Berkesan, penulisan Surat Rasmi dan penyediaan Kertas Kerja. Majlis Penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Hafeez Hussein-TP (HEP). Turut serta Encik Zulbahari Ahmad-KCPP, Encik Azhari Razlli-Penyelaras MPP, Encik Mohd Zaidi A.Mohidu, Ustaz Alias Nawi dan Cik Nurul Akmal Abd Wahab.
![]() |
![]() |
Gambar oleh
|
: |
Azhari Razlli
|
: |
Pen. Peg. Belia & Sukan
|