IKBN



KEMASIK

 
Sunday, 29 September 2019 00:00

Room Sensation Apps (ROSA) - Emas @ i-Tec’19

Rate this item
(0 votes)

Kemaman, 29 September 2019 – Room Sensation Apps (ROSA) telah dianugerahkan pingat emas di International Innovation, Technology Exhibition & Conference 2019 (i-Tec’19).

 

Pertandingan inovasi ini telah berlangsung pada 24 dan 25 September 2019 bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman. Pertandingan peringkat antarabangsa ini telah dianjurkan oleh Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tema bagi i-Tec’19 adalah ‘Gearing Up For Industry 4.0’.

ROSA adalah produk inovasi perintis bagi Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik. Selaras dengan kebutuhan Industri 4.0, Jabatan Perhotelan tidak ketinggalan merevolusikan penggunaan Industri 4.0 di dalam produk ROSA. Produk ROSA ini telah dibentangkan oleh pengajar dan pelajar dari Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik. Penganugerahan pingat emas ini secara tidak langsung membuktikan bahawa tahap kemahiran serta kebolehan pengajar dan pelajar di IKBN Kemasik juga mampu bersaing dengan Institutusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Latihan Kemahiran (ILK) yang lain.

 
 
 
 
Gambar oleh
:
Shamsuddin Amin
  :
Pen. Peg. Latihan
Read 1769 times Last modified on Thursday, 03 October 2019 14:37