IKBN



KEMASIK

 
IKBN Kemasik

IKBN Kemasik (251)

KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.

Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.

Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.

Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.

Kemasik, 7 November 2020 – Pada  6 dan 7 November 2020 telah berlangsung Kursus Induksi Pentauliahan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bertempat di Dewan Seri Suria, IKBN Kemasik.

Kuantan, 26 Oktober 2020 – Satu Lawatan Pemantauan & Bimbingan SLDN (Program Berinsentif RMKe-11 Tahun 2020) telah diadakan oleh pegawai pemantau dari Bahagian SLDN, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur.

Kemasik, 15 OKTOBER 2020 – Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah melaksanakan Kursus Videography & Photography (Advertising) di bawah Program Jana Semula Ekonomi (PENJANA) 2020 yang bermula dari 6 hingga 15 Oktober 2020.

Kemasik, 8 Oktober 2020 – Satu Perkongsian Realiti Industri Kerjaya Sektor Perhotelan telah diadakan yang dikelolakan bersama Syarikat MOU sejak

Kemasik 6 Oktober 2020 – Perkongsian Realiti Industri SPA Therapist-Beautician & Saloon-Barbershop

Kemasik 5 Oktober 2020 – Kursus Latihan Pengendali Makanan (Pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kemasik, 30 September 2020 – Telah berlangsung lawatan bermaklumat pensyarah dari Kolej Komuniti Pasir Gudang ke IKBN Kemasik.

Sunday, 27 September 2020 18:00

Program Impak IKBN Kemasik Siri 1 Tahun 2020

Written by

Kemaman, 27 Sepetember 2020 – Program  Impak IKBN Kemasik (Siri 1) telah diadakan pada 27 September 2020 bertempat di Pusat Pengajian Islam Ribat Al-Asyraf Kemaman.

Sunday, 27 September 2020 15:00

Kursus Assorted Bun

Written by

Kemasik, 27 September 2020 – Telah berlangsung Kursus Assorted Bun seperti ketetapan berikut :

Thursday, 24 September 2020 15:00

Peperiksaan Akhir Sesi 1/2020 (September) Siri 2

Written by

Kemasik , 24 September 2020 – Hari  ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Akhir Sesi 1/2020 (September) melibatkan pelajar-pelajar Kursus Penyediaan Pastri Tahap 2 Semester 2 dan Tahap 3 Semeter 4.

Page 1 of 18