IKBN
KEMASIK
KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.
Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.
Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.
Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU BAGI SESI JULAI 2020
Kemasik, 1 Mac 2021 – Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik telah mengadakan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu bagi pengambilan sesi Julai 2020 pada hari ini.
TAHNIAH DIATAS PEMANGKUAN
Kemasik, 1 Mac 2021- Pihak Pengurusan IKBN Kemasik merakamkan ucapan tahniah kepada lima (5) orang warga IKBN Kemasik yang mendapat pemangkuan
PROGRAM KEBUNITI MPP
Kemasik, 28 Februari 2021 – Program Kebuniti MPP IKBN Kemasik merupakan inisiatif yang diperkenalkan di ILKBS untuk membantu komuniti ILKBS khususnya MPP ILKBS menceburi pertanian bandar.
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2021-HARI TERAKHIR
Kemasik, 25 Februari 2021 – Hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Februari) IKBN Kemasik yang telah bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021.
PERBINCANGAN & RUNDING-CARA KERJASAMA KE ARAH PERSETUJUAN PEMETERAIAN MOU 2021
Kemasik, 24 Februari 2021 – Perbincangan & Runding-Cara Kerjasama ke arah persetujuan Pemeteraian MOU 2021 antara IKBN Kemasik & Rest House Temerloh (Hani D Unggul).
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2021-HARI KEENAM
Kemasik, 22 Februari 2021 – Sesi Peperiksaan Akhir IKBN Kemasik 1/2021(Februari) diteruskan dengan peperiksaan Subjek Teori Teknikal Akhir Kertas 1 dan Kertas 2
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2021-HARI KETIGA & KEEMPAT
Kemasik, 18 Februari 2021 – Pihak institut telah melaksanakan Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Februari) IKBN Kemasik untuk hari ketiga & keempat bagi sesi peperiksaan yang bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021.
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2021-HARI KEDUA
Kemasik, 16 Februari 2021 – Pihak institut telah melaksanakan Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Februari) IKBN Kemasik untuk hari kedua bagi sesi peperiksaan yang bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021.
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2021-HARI PERTAMA
Kemasik, 15 Februari 2021 – Hari Isnin merupakan hari pertama Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2021 (Februari) IKBN Kemasik yang bermula pada 15 hingga 25 Februari 2021.
PERTANDINGAN KEMAHIRAN BELIA KREATIF @FLORISTRY
Kemasik, 9 Februari 2021 – IKBN Kemasik telah menghantar penyertaan Pertandingan Kemahiran Belia Kreatif @Floristry yang di adakan secara atas talian pada 31 Disember 2020 Anjuran Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara.
KUNJUNG HORMAT WAKIL IKBN KEMASIK KE PEJABAT BOMBA
Kemaman, 12 Januari 2021 – Kunjung hormat Pn. Norlia Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik, bersama En. Mohd Hafeez Hussein, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan En. Mazri Mamat, Penolong Pegawai Tadbir ke Pejabat Ketua Zon 2 Negeri Terengganu, Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.
PENDAFTARAN PELAJAR DI SISTEM PENGURUSAN INTEGRASI KEMAHIRAN MALAYSIA (MYSPIKE)
Kemasik, 10 Januari 2021 – IKBN Kemasik telah melaksanakan pendaftaran pelajar melalui Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MYSPIKE) secara berkelompok mengikut bidang yang telah dijadualkan.
MODUL ONLINE TAMBAHAN
Kemasik, 7 Januari 2020 – Pada 4 hingga 7 Januari 2021 lalu, IKBN Kemasik melaksanakan Modul Online Tambahan bagi pelajar baru sesi Julai 2020 bagi bulan Januari sehingga Februari 2021.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan