IKBN
KEMASIK
KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.
Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.
Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.
Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.
27 April 2019, IKBN Kemasik - Bengkel Asas Pembuatan Biskut telah diadakan sempena Program IMPAK ILKBS IMPAKS yang melibatkan komuniti setempat.
Kemaman, 17 April 2019 – Telah berlangsung HSEDAY2019 -OFFSHORE CATERING CONTRACTOR di Darul Iman Training Centre (DITC) Kemaman.
Dungun, 16 April 2019 – Para atlet IKBN Kemasik telah berkunjung ke UiTM Dungun untuk perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kemasik dengan kerjasama Unit Sukan UiTM Dungun.
Kemasik 14 April 2019 – Tahniah diucapkan kepada IKBN Kemasik, khususnya kepada Kelab Kebajikan Kakitangan IKBN Kemasik yang telah menjayakan Karnival Sukan Muhibbah Kakitangan ILKBS Zon Timur kali ke-4 tahun 2019 bermula pada 12 hingga 14 April 2019 (Jumaat - Ahad).
Kemasik, 11 April 2019 – Pada 7/4/2019 hingga 11/4/2019 (Ahad - Khamis), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah menganjurkan Program My Furture Youth dengan tajuk Kursus Basic Editing (Advertising).
Kemasik, 9 April 2019 - Sesi Visiting Professional, Career Talk & Open Interview bersama Alina Beauty & SPA.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan