IKBN
KEMASIK
KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.
Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.
Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.
Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.
Kemasik, 8 Oktober 2020 – Satu Perkongsian Realiti Industri Kerjaya Sektor Perhotelan telah diadakan yang dikelolakan bersama Syarikat MOU sejak
Kemasik 5 Oktober 2020 – Kursus Latihan Pengendali Makanan (Pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kemasik, 30 September 2020 – Telah berlangsung lawatan bermaklumat pensyarah dari Kolej Komuniti Pasir Gudang ke IKBN Kemasik.
Kemaman, 27 Sepetember 2020 – Program Impak IKBN Kemasik (Siri 1) telah diadakan pada 27 September 2020 bertempat di Pusat Pengajian Islam Ribat Al-Asyraf Kemaman.
Kemasik , 24 September 2020 – Hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Akhir Sesi 1/2020 (September) melibatkan pelajar-pelajar Kursus Penyediaan Pastri Tahap 2 Semester 2 dan Tahap 3 Semeter 4.
23 September 2020, Kemasik - Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum Baharu Bilangan 6 Tahun 2020 anjuran bersama CPKK IKBN Kemasik dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS bertempat di Perpustakaan IKBN Kemasik.
Kemasik, 22 September 2020 – Telah berlangsung Kursus Mobile Spaconfinement Care seperti ketetapan berikut :
Kuantan, 10 September 2020 – Satu dialog permintaan dan penawaran sumber manusia dalam konteks menangani pandemik ke arah Revolusi Industri 4.0. telah diadakan diantara IKBN Kemasik bersama AC Hotel Kuantan By Marriot Hotels.
Kemasik, 15 September 2020 – Lawatan Rasmi Pengarah CIAST & Mesyuarat Pengurusan CIAST Satellite Campus (CSC) bersama IKBN Kemasik, dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan CIAST, En. Jamil Bin Yahya.
Kemasik, 14 September 2020 – Hari ini telah bermula Peperiksaan Akhir Sesi 1/2020 (September) melibatkan pelajar-pelajar Kursus Penyediaan Pastri Tahap 2 Semester 2 dan Tahap 3 Semeter 4.
Kuantan, 6 September 2020 – Majlis Penyampaian SKM SLDN dengan Kerjasama IKBN Kemasik & Grand Darul Makmur Hotel Kuantan.
Cameron Highlands, 3 September 2020 – Telah berlangsung Bengkel Pemurnian Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) Program Penerbitan Video Kod Noss IT-071-2/3:2011 Tahap 2 dan Tahap 3 Siri 2/2020 bermula 30 Ogos sehingga 3 September 2020 bertempat di Heritage Hotel Cameron Highlands, Pahang.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan