IKBN



KEMASIK

 
IKBN Kemasik

IKBN Kemasik (272)

KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.

Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.

Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.

Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.

Kemasik, 17 Mac 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah melaksanakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac 2019 bertempat di Dewan Seri Suria IKBN Kemasik yang dianjurkan oleh Jabatan Perhotelan.

Balok, 16 Mac 2019 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kemasik telah mengadakan Perkhemahan Dan Pengembaraan bagi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, ARPRM pada 14 hingga 16 Mac 2019 bertempat di Pusat Rekreasi Balok, Kuantan.

Kemaman, 14 Mac 2019 – Sempena dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, pihak Cawangan Hubungan Industri (CHI) - Unit Promosi dan Bahagian Pengajian Umum telah mengadakan pameran dan promosi untuk memberi penerangan cara-cara membuat permohonan masuk ke IKBN Kemasik kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan SPM pada hari tersebut.

Kemasik, 13 Mac 2019 – Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah menganjurkan Program "Career Talk" dalam Bidang Multimedia (Pembikinan Filem/Drama) skop penyiaran dan kewartawanan, bagi Jurusan Penerbitan Video/Filem, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik.

Melaka, 7 Mac 2019 – Satu Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum Dan Bahan Pembelajaran Noss Baharu Siri 1/2019 telah dilaksanakan.

Kemasik, 6 Mac 2019 – Seramai 19 orang pelajar jurusan Perekaan Gaya Rambut, Jabatan Perkhidmatan Personal terlibat dengan Penilaian Prestasi subjek Fantacy Hair Styling bermula jam 9.00 pagi - 1.00 tengahari.

Tuesday, 05 March 2019 00:00

Amali Subjek Pastry Product Innovation

Written by

Kemasik, 5 Mac 2019 – Selesai aktiviti pembelajaran amali bagi Subjek Pastry Product Innovation melibatkan pelajar Penyediaan Pastri Tahap 3 Semester 4 yang telah dijalankan selama 7 hari berakhir pada 5 Mac 2019 di Bengkel Jabatan Hospitaliti, IKBN Kemasik.

Alor Gajah, 4 Mac 2019 – Imbasan aktiviti pelajar penyediaan Pastri Tahap 3 Semester 4 Jabatan Hospitaliti menjalani Lawatan Sambil Belajar di A’Famosa Resort Melaka pada 2-4 Mac 2019.

Besut, 3 Mac 2019 - Konvensyen MPP peringkat ILKBS Zon Pantai Timur 2019 berjaya menghasilkan satu resolusi berkaitan usul Kepimpinan, Kebajikan, Alumni, Aktiviti dan Promosi yang telah diserahkan kepada Ketua Cawangan Bahagian HEP BPKB, YBrs. Cik Nor Azah binti Ahmad Dahalan dalam majlis perasmian penutup konvensyen tersebut.

Kemasik, 27 Februari 2019 - Mesyuarat Kontinjen Karnival Sukan Muhibbah Kakitangan ILKBS Zon Timur kali ke-4 tahun 2019 dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan IKBN Kemasik (KKKIK), Encik Mohd Hafeez bin Hussein.

Page 11 of 20