IKBN



KEMASIK

 
IKBN Kemasik

IKBN Kemasik (272)

KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.

Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.

Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.

Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.

Kemaman, 30 April 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah melaksanakan Program Impak ILKBS @ Komuniti Siri 6 bertempat di Kg. Pasir Gajah, Air Putih, Kemaman.

Selangor, 23 April 2018 - Pertandingan Peringkat Pra-Kelayakan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2018 Bidang Cooking telah berlangsung bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selangor Kampus Puncak Alam pada 21-23 April 2018 yang lalu.

IKBN Kemasik, 16 April 2018 - Jabatan Hospitaliti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik melalui Bahagian Penyediaan Roti telah mengadakan Program WSMB 2018 : Bakery & Product Enhancement.

IKBN Kemasik, 21 April 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah melaksanakan Program Impak ILKBS @ Komuniti Siri 5 bertempat di Kg. Kuala Kemaman, Chukai, Kemaman.

IKBN Kemasik, 17 April 2018 - Kelab Keusahawanan IKBN Kemasik dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Program "Entrepreneurship Talk" oleh Syarikat AL-IkhsaN Sport yang melibatkan penyertaan semua pelajar IKBN Kemasik.

IKBN Kemasik, 12 April 2018 - Bahagian Pengemasan (Housekeeping) Jabatan Perhotelan, IKBN Kemasik telah menganjurkan Kursus Training Of Trainer (TOT) – Bed Making Procedure pada 12 April 2018 bertempat di Bengkel Jabatan Perhotelan.

IKBN Kemasik, 3 April 2018 - Seorang pelajar IKBN Kemasik iaitu Izzatul Shafiqa Mohd. Rusma telah terpilih bagi Program K-Beauty Vocational Training for ASEAN Young Women tajaan Gwangju University yang bertempat di Gwangju Metropolitan City, Republik Korea bermula pada 19 Mac sehingga 21 Mei 2018.

IKBN Kemasik, 4 - 5 April 2018 - Satu Bengkel Fast Track eGlobal Freelancer For Multimedia telah diadakan di Jabatan Multimedia, IKBN Kemasik oleh Digital Content Alliance Sdn Bhd yang dilantik oleh MDEC bagi program eGlobal Freelancer yang dahulunya dikenal sebagai eRezeki Global High Income.

Monday, 02 April 2018 08:43

Autisme Dihati Kemasik

Written by

IKBN Kemasik, 2 April 2018 - Sempena menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menghulur tangan bersama menyemai semangat kesedaran untuk memahami, menyayangi dan menghargai individu autisme.

IKBN Kemasik, 28 Mac 2018 - IKBN Kemasik telah mengadakan satu taklimat pengenalan mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada pelajar dan kontraktor.

Page 19 of 20