IKBN



KEMASIK

 
IKBN Kemasik

IKBN Kemasik (262)

KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.

Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.

Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.

Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.

Kuala Terengganu, 27 Ogos 2020 – Satu  Sesi e-SLDN, Latihan & Penilaian SLDN (COPTPA) 2020 telah diadakan di Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu selama 4 hari (24 hingga 27 Ogos 2020).

Kemasik, 19 Ogos 2020 – Telah berlangsung satu Perbincangan Perancangan Kerjasama bersama 2 Usahawan Spa Muslimah Daerah Kemaman

Kemasik ,19 Ogos 2020 – Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum Baharu Bilangan 4 Tahun 2020 dari 16 hingga 19 Ogos 2020 anjuran bersama CPKK IKBN Kemasik dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS bertempat di Perpustakaan IKBN Kemasik.

Kemasik, 12 Ogos 2020 – Telah berlangsung Bengkel Penyemakan dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2020 bidang Perhotelan dan Multimedia oleh Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) anjuran IKBN Kemasik.

Kuantan, 6 Ogos 2020 – Telah berlangsung Sesi Pembangunan - Pembaharuan Pentauliahan e-SLDN & Pemilihan Pencalonan Perantis bagi Program SLDN Berinsentif RMKe-11 Tahun 2020.

Kemasik, 29 Julai 2020 - Telah berlangsung Bengkel Pemurnian Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) Program Penerbitan Video Kod Noss IT-071-2/3:2011 Tahap 2 dan Tahap 3 Siri 1/2020 yang melibatkan tenaga pengajar program berkenaan.

Kemasik, 28 Julai 2020 - Pihak institut hari ini telah menerima kunjungan Pegawai JPK dan Panel Penilai bagi Lawatan Pentauliahan Penambahan Program secara Single-tier Tahap 3 bagi Program Pembuatan Pastri, Pembuatan Roti dan Pengemasan.

Kuantan, 28 Julai 2020 – Satu program bersama JPK Wilayah Timur telah diadakan bagi penyerahan surat tawaran & taklimat pelaksanaan SLDN RMKe-11 2020.

Kemasik, 8 Julai 2020 – Satu Kursus Train Of Trainer (TOT) Key Card System – Intego telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhotelan, IKBN Kemasik seperti ketetapan berikut :

Bandar Baru Bangi, 9 Julai 2020 – Satu Program Pembangunan Kepakaran (PPK) iaitu Kursus Specialised Therapies : Micro Dermabrasion & Chemical Peeling telah dihadiri oleh wakil pengajar dari Jabatan Personal seperti ketetapan berikut :

Page 3 of 19