IKBN
KEMASIK
KEMAMAN, Selasa , 2 April. – Sempena Hari Autism Sedunia hari ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kemasek di bawah unit Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan satu pengambaran bagi Program Semarak Biru “Light It Up Blue” Autism Awareness Day pada 1 April 2019. Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan sempena Sambutan Hari Kesedaran Autism Sedunia yang disambut setiap tahun pada tanggal 2 April.
Program ini berlangsung dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya sesi beramah mesra bersama anak-anak istimewa seramai 20 orang, acara sukaneka, senam berirama, sesi bergambar dan pengambaran keadaan sebenar anak-anak autism di dalam kelas pembelajaran.
Turut hadir menyertai program ini ialah Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Mohamad Desa, Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Staf IKBN Kemasik, Pelajar Jurusan Video/Produksi Filem (Pengambaran), Jabatan Multimedia IKBN Kemasik dan Persatuan MPP IKBN Kemasik.
Di samping itu, program ini juga telah dapat membina silaturahim di antara warga IKBN Kemasik dengan Sekolah khususnya Staf Sekolah Kebangsaan Kemasek dan anak-anak Autism. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, betapa perlunya menghargai dan melindungi anak-anak Autism tidak kira di mana mereka berada kerana mereka merupakan permata negara.
Kemasik, 25 Jun 2020 – Jabatan Multimedia IKBN Kemasik telah menganjurkan Kusus Basic Photography for Super Zoom Compact Camera kepada pekerja Syarikat Steadfast.
Kuala Terengganu, 23 Jun 2020 – Runding-cara, bagi usaha menandatangani PEMETERAIAN MOU 2020 antara IKBN Kemasik, Kementerian Belia Sukan & STUDIO YAMIN PHOTOGRAPHY.
Kemasik, 16 Jun 2020 – Perbincangan Hala Tuju Kerjaya & Tawaran Kerja, khusus kepada Lepasan Jurusan Penyediaan Makanan (PM), Jabatan Hospitaliti.
Kemasik, 14 April 2020 – Pihak MPP IKBN Kemasik dengan kerjasama Digital Academy ( Dea Consultancy ) telah mengadakan satu seminar mengenai isu yang sedang dihadapi sekarang ini iaitu isu Covid-19 yang akan menjejaskan ekonomi negara.
Dungun, 23 Mac 2020 – Pada 12 Mac yang lalu Unit Cawangan Hubungan Industri (CHI) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN KEMASIK telah membuka Booth Pengambilan Pelajar (Promosi & Publisiti) sempena Karnival Pendidikan Kaunseling & Kerjaya Dungun (anjuran bersama PPD Dungun, PGK Dungun, & Majlis Daerah Dungun).
Kemasik, 16 Mac 2020 – Satu sesi perbincangan dan lawatan tapak pertandingan pra-kelayakan WSMB Tahun 2020 Bidang Beauty Therapy telah dilaksanakan baru-baru ini :
Temerloh, 9 Mac 2020 – Satu lawatan pelajar Jurusan Penyediaan Roti telah diadakan ke Taqiuddin Bakery Temerloh (Syarikat Kerjasama MOU).
Kuantan, 2 Mac 2020 – Satu Lawatan Berilmiah & Knowledge Sharing telah dilaksanakan dengan kerjasama CHI IKBN Kemasik & Jabatan Perhotelan IKBN Kemasik bersama Pensyarah & Pelajar Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Kuantan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kemaman, 27 Februari 2020 – Seramai 20 orang pelajar dan 3 orang pegawai daripada IKBN Kemasik telah menyertai Kejohanan Futsal sempena Sambutan Bulan Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Daerah Kemaman 2020.
Rundingan MOU Manis FM & Slot Konti RTM Terengganu
Kuala Terengganu, 18 Februari 2020 – Satu Runding cara telah disepakati bagi usaha menandatangani Pemeteraian MOU 2020 antara IKBN Kemasik KBS & Stesen Radio Manis FM.
Kursus Kesedaran & Audit Dalam MS ISO 9001:2015
Kemasik, 17 Februari 2020 – Telah berlangsung Kursus Kesedaran & Audit Dalam MS ISO 9001:2015 kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Kemasik.
Lawatan Pemantauan Latihan Industri
Cherating, 13 Februari 2020 – Satu lawatan pemantauan latihan industri telah dilaksanakan di Tanjung Inn Resort, Cherating.
Kaunseling Pembangunan Portfolio
Kemasik, 10 Februari 2020 - IKBN Kemasik merupakan Pusat Bertauliah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PB-PPT) bagi pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara PPT telah menjalankan sesi kaunseling pembangunan portfolio kepada calon PB-PPT.
“Persinggahan Hinggap” Ketua Pengarah BPKB KBS
Kemasik, 8 FEBRUARI 2020 – “Persinggahan Hinggap” Ketua Pengarah BPKB KBS, Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, sempena menghadiri Program Le Tour De Langkawi 2020 di Kerteh.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan